SHEILA MAJID BAWA AJARAN SESAT KEPADA RAKYAT



Artis-artis di Malaysia sering kali menjadi alat kepada parti Pembangkang Pakatan Harapan untuk membawa ajaran sesat kepada rakyat. Artis-artis ini sanggup dijadikan alat sebagai contoh baru-baru ini Sheila Majid yang dilihat menghentam kerajaan tanpa mengetahui perkara sebenar. 

Penyanyi popular Sheila Majid menarik perhatian warga Internet apabila Sheila Majid mengeluh kos sara hidup tinggi dan nilai ringgit yang lemah di Twitter. Bermacam-macam dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh Sheila Majid kononnya makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan sukar didapati.

Catatan Sheila Majid telah diulang siar lebih 2,800 kali dan disukai lebih 1,600 orang dan ia turut menerima 70 komen 4 jam selepas dimuat naik. Sheila Majid seharusnya mendapatkan fakta yang betul sebelum menulis dan tulislah dalam keadaan yang waras. Sheila Majid sebagai artis sepatutnya berhenti menggunakan pengaruh sebagai artis untuk memesongkan pemikiran rakyat negara ini. 

Rasanya tidak sesuai untuk artis menjadi alat dan perkakasan parti pembangkang Pakatan Harapan yang dilihat semakin terdesak meraih sokongan dan populariti rakyat apatah lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14. Cubalah kita semua fiki-fikirkan bagaimana parti pembangkang Pakatan Harapan hendak diharapkan untuk mentadbir negara sedangkan untuk mengadakan mesyuarat agung pun tak mampu, ada hati parti pembangkang Pakatan Harapan mahu mentadbir negara. 

Artis-artis ini lagi-lagi seperti Sheila Majid seharusnya bekerja dengan sedaya upaya dalam dunia seni tempatan yang kita semua sedia maklum cukup luas bidangnya, kalau mereka tahu mereka sudah tidak laku jadi penyanyi, cubalah bidang lain seperti bidang lakonan atau bidang penyiaran atau setidak-tidaknya gunakanlah pengaruh untuk memulakan dan mengembangkan sayap dalam bidang perniagaan. 

Kita pun tahu populariti Sheila Majid sudah pun merundum dan jatuh kerana perangai dirinya yang tidak berdisiplin dan terlibat dengan gejala-gejala negatif. Sheila Majid juga dilihat sangat terdesak untuk meraih populariti dengan membuat posting-posting politik yang berbaur fitnah dan tuduhan semata-mata. 

Nasihat untuk Sheila Majid dan artis-artis seangkatan dengan beliau adalah daripada menghabiskan masa membaca portal berita ataupun blog pembangkang adalah lebih baik mencari maklumat untuk mendapatkan pelbagai bantuan khususnya untuk bangsa sendiri dan masyarakat seni.

Comments