SHAFIE APDAL HENTAM NAJIB GAGAL BENTUK MASA DEPAN RAKYAT SABAH, REALITINYA SABAH TETAP MANTAP DI BAWAH UMNO SABAH



Pemimpin UMNO Sabah membidas kritikan Presiden Warisan Shafie Apdal kononnya rakyat negeri itu gagal membentuk masa depan mereka selagi terus ditadbir dan diperintah oleh UMNO Sabah. Shafie mendakwa juga rakyat Sabah tidak akan memperolehi sebarang autonomi kerana pemimpin-pemimpin tempatannya tidak berkuasa. Realitinya Shafie sengaja memainkan isu sedemikian untuk mencipta pandangan dan persepsi negatif rakyat Sabah terhadap Kerajaan UMNO. Pemimpin pembangkang seperti Shafie hanyalah mahu menanamkan persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional apatah lagi mereka sudah semakin terdesak meraih undi lagi-lagi menjelang pilihan raya umum nanti. 

Ini semua hanyalah drama dan sandiwara Shafie Apdal semata-mata. Barisan Nasional Sabah masih lagi relevan yntuk rakyat Sabah dan inilah satu-satunya parti yang boleh menyatupadukan rakyat negeri Sabah dan seterusnya membela nasib bangsa Malaysia. Shafie. Shafie perlu menerima hakikat bahawa Barisan Nasional jugalah parti yang menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada semua golongan rakyat tanpa mengira bangsa mahupun pegangan agama. Kita memberikan amaran buat Shafie atau mana-mana pihak yang sering mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional Sabah sepatutnya menilai dan menghargai segala pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh UMNO Sabah kepada rakyat.

Barisan Nasional satu-satunya parti yang masih lagi relevan di Sabah. Inilah satu-satunya parti yang boleh menyatupadukan rakyat di negeri Sabah dan seterusnya membela nasib bangsa Malaysia. Barisan Nasional jugalah parti yang mampu menyalurkan bantuan kepada semua golongan rakyat tanpa mengira bangsa mahupun pegangan agama. Sebagai sebuah parti gerakan kebangsaan, Barisan Nasional bukan sekadar parti politik malah ia mempunyai amanah dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan dilunaskan demi kepentingan agama, bangsa dan negara kita. Inilah penyebab mengapa Barisan Nasional masih lagi relevan dan boleh terus bertahan di Sabah sehingga sekarang.

Kesimpulannya serangan dan segala tohmahan yang dilemparkan oleh Shafie Apdal sama sekali tidak dihiraukan oleh rakyat Sabah. Rakyat Sabah semakin sedar dan tidak akan sekali-kali terpedaya dan terpengaruh dengan Shafie Apdal dan pemimpin-pemimpin pembangkang. Apa yang penting Kerajaan UMNO terus mantap dan kukuh membawa kemajuan dan pembangunan kepada rakyat Sabah.

Comments