Sebelum ini PPBM dikejutkan dengan tindakan keluar parti oleh Srikandi-srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berpengaruh seperti Anina Saadudin dan Datuk Hamidah Osman. Kini sekali lagi PPBM dikejutkan dengan tindakan keluar oleh kaum hawa dalam PPBM.
Seakan tidak berpenghujung, pergolakan yang berlaku dalam PPBM berlarutan apabila salah seorang daripada Exco Srikandinya, Zuraini Kamal ahad lalu mengumumkan peletakan jawatan sekali gus keluar parti. Tindakan itu dibuat ekoran terlalu banyak isu dan polemik yang gagal diuruskan dengan baik selain tidak ditangani secara serius oleh pucuk pimpinan.
Selain Zuraini, tindakannya itu turut disusuli oleh empat lagi individu iaitu dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Srikandi PPBM negeri, Halimaton Saadiah Shah Mat (Ketua Srikandi PPBM Pendang) dan Rukiza Abu Bakar (Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena) serta dua AJK Srikandi Bahagian Kuala Kedah, Sopi Aziz dan Fatimah Ahmad.
Antara isu yang gagal ditangani adalah budaya fitnah dan tidak boleh ditegur. Malah ada ramai individu yang diketepikan atau ditukar jawatannya kerana kononnya ada salah laku namun malangnya orang berkenaan tidak diberi peluang untuk membela diri. Jelas di sini, PPBM tiada hak kebebasan bersuara di mana kalau cuba memberi pandangan, maka anda akan berhadapan risiko untuk dipecat.
Mereka yang keluar parti merasakan tiada perubahan yang dibawa oleh PPBM sebaliknya pemimpin yang berada dalam PPBM itu lebih teruk. Anda sebagus mana sekali pun, anda tidak akan ke mana-mana kecuali jika anda seorang yang terkenal. Tanpa ‘kipas’ dan ‘kabel’, anda akan disekat,”

Comments
Post a Comment