SEPERTI YANG MAHATHIR INGINKAN, PAKATAN HARAPAN CALONKAN BELIAU JADI BAKAL PM.



Beberapa bulan lepas Mahathir telah menyatakan bahawa beliau ‘bersedia untuk diyakinkan’ oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan untuk menjawat semula jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Berjaya memenangi PRU Ke-14. 

Pada masa itu, terdapat pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang menolak kemungkinan tersebut dan menegaskan bahawa Pakatan Harapan tidak menghadapi kekurangan calon-calon berwibawa yang boleh dijadikan sebagai Perdana Menteri; calon seperti Wan Azizah.

Wan Azizah yang menyatakan beliau akan menjadi pemanas kerusi sahaja apabila dilantik sebagai Perdana Menteri semasa temubual oleh Al-Jazeera. Tetapi kini, hanya beberapa bulan kemudian, kelihatan seolah-olah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta kebanyakan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah berjaya diyakinkan untuk mengangkat Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri. Keputusan ini mengesahkan bahawa Mahathir akan bertanding di dalam PRU Ke-14. 

Tetapi, keputusan Lim Kit Siang anak-beranak untuk mengangkat Mahathir sebagai ‘Top Dog’ Pakatan Harapan tidak dipersetujui sepenuhnya. Naib Presiden PKR, Tian Chua menolak keputusan tersebut manakala Syed Saddiq mendedahkan bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali calon popular bagi jawatan Perdana Menteri. 

Sudah tentunya, keputusan tersebut dibuat mungkin kerana Pakatan Harapan ingin menggunakan Mahathir untuk menarik perhatian pengundi-pengundi Melayu terutamanya dari kawasan luar bandar. Keputusan ini adalah sebenar satu perjudian oleh Pakatan memandangkan majoriti pengundi di kawasan bandar tidak ingin dan tidak rela diperintah oleh Mahathir walaupun kononnya sebagai ‘Perdana Menteri sementara’.

Comments