SEGALA PEMBERIAN DAN BANTUAN KERAJAAN ADALAH UNTUK BERKONGSI KEKAYAAN NEGARA KEPADA RAKYAT




Jaminan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada bajet 2018 yang lepas membuktikan keikhlasan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) berkongsi kekayaan negara bersama rakyat.

Bukan hanya sekadar BR1M, program bantuan lain juga diperkenalkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan seperti KR1M, TEKS1M, KK1M dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memastikan rakyat berada di dalam keadaan yang baik untuk meneruskan aktiviti harian mereka.

Kita patut berbangga kerana segala dasar kerajaan yang ingin membantu rakyat diiktiraf di peringkat Eropah dan badan dunia serta negara maju yang lain. Ini berikutan program bantuan rakyat ini boleh mengurangkan kadar kemiskinan selain membantu golongan sasar yang berpendapatan rendah untuk terus maju membina masa hadapan yang lebih baik.

Pada masa yang sama, negara yang mahu mencontohi pemberian seperti BR1M, mereka dapat merasakan impak ekonomi juga hadirnya dari skim bantuan tersebut. Sebab itu Arab Saudi dan Mesir serta beberapa buah negara yang lain tidak teragak-agak untuk melaksanakan bantuan rakyat di negara mereka. 

Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan GST juga adalah salah satu langkah yang baik dimana pendapatan dari GST itu dapat menampung kekurangan pendapat hampir RM40 bilion hasil minyak negara akibat dari penyusutan harga minyak di pasaran dunia.

Apa yang menjadi harapan kami di sini adalah supaya rakyat menilai segala sumbangan kerajaan BN sejak dari dahulu hingga kini. Berilah sokongan kepada kerajaan yang benar-benar mampu membela nasib rakyat dan menolak mereka yang hanya mahu mengambil kesempatan dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu ini.

Lebih baik berkongsi kekayaan negara bersama rakyat daripada berkongsi kekayaan bersama kroni !!

Comments