SEBANYAK 35 BUAH NEGARA BERKECUALI DALAM ISU BAITUL MAQDIS, APAKAH PENDIRIAN SEBENAR MEREKA?




Pengundian yang dijalankan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), 128 negara menolak keputusan AS yang mengiktiraf Baitul Maqdis menjadi ibu negara Israel manakala 9 lagi negara menyokong.

Walau bagaimanapun, sebanyak 35 buah negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian tersebut, manakala wakil 21 negara tidak hadir.

Pengundian yang berlangsung pada Khamis disifatkan satu kemenangan untuk Palestin, biarpun ia mencatat sokongan lebih rendah, berbanding 150 yang dijangka sebelum ini.

Menjadi persoalannya di sini, apakah pendirian negara yang berkecuali tersebut? Amerika Syarikat dalam sidang medianya memuji negara terbabit yang langsung tidak memberi sokongan samada menyokong atau menolak cadangan mereka.

Umat Islam di seluruh dunia perlu berhati-hati dengan 35 buah negara ini kerana, dikhuatiri negara-negara ini adalah tali barut AS selama ini yang ada di dalam Kesatuan PBB.

Tidak lupa juga negara-negara yang menolak pencerobohan tersebut, dimana sebelum ini kita tahu beberapa buah negara yang menolak turut menjalinkan hubungan kerja dan hubungan diplomatik secara terus dengan AS serta Israel.

Undian ini sebenarnya tidak boleh dijadikan gambaran sokongan negara yang Pro kepada Amerika Syarikat dan Israel kemungkinan mereka terlebih awal terkesan dengan ugutan AS yang dikatakan bakal memantau mereka yang menolak usul mereka. Sebarang bentuk bantuan akan disekat dan hubungan baik mereka juga mungkin terjejas selepas ini jika menentang usul AS itu.

Undian ini adalah mengenai kedaulatan sesebuah negara iaitu Negara Palestin yang menjadi mangsa pencerobohan hak. Jadi kita tidak perlu takut dan tunduk dengan tindakan Amerika Syarikat dan Israel.

Comments