RAKYAT SUDAH MARAH DENGAN GUAN ENG


Barisan Nasional mampu merampas semula Pulau Pinang daripada DAP jika pengundi di negeri itu menilai prestasi Lim Guan Eng serta mengetepikan sentimen perkauman pada pilihan raya umum ke-14. Malah, pelbagai pihak kecewa dengan prestasi pentadbiran Setiausaha Agung DAP itu sebagai Ketua Menteri.

Kebelakangan ini, rakyat Pulau Pinang, tak kira kaum apa pun, marah kerana kegagalan kerajaan negeri menguruskan pembangunan dan kewangan seperti yang dijanjikan. Dalam manifesto, kerajaan negeri berjanji untuk menjaga alam sekitar, tapi lihat berapa ramai yang menjadi mangsa pencemaran kilang haram di Kampung Sungai Lembu.

Begitu juga dengan kejadian banjir baru-baru ini yang berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menjaga saliran, melaksanakan pembangunan berlebihan serta menarah bukit. Rakyat di sana marah. 

Disamping itu, nasib orang Melayu di Pulau Pinang sejak DAP memerintah negeri itu, penilaiannya mendapati ramai orang Melayu Pulau Pinang marah kepada Guan Eng. Mereka marah kepada Guan Eng berbanding penggal lalu kerana kegagalan pentadbirannya dalam pelbagai perkara. 

Namun ketika ini, ada perubahan. Bukan saja rakyat, malah badan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu dan alam sekitar juga marah dia. 

Mengenai bajet pembangkang bagi 2018, ia bersifat andaian dan retorik berbanding Bajet 2018 dibentang kerajaan yang berasaskan kemampuan serta memiliki visi yang jelas. Permulaan bajet alternatif itu juga sudah menggunakan fakta salah.

Mukadimah bajet pembangkang mendakwa keraguan terhadap ekonomi Malaysia menyebabkan aliran keluar pelabur asing, sedangkan ia berlaku sejak 2013 disebabkan peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat.

Bajet kerajaan pula bermula dengan tahap hubungan dagang dan diplomatik serta membandingkan prestasi ekonomi yang semakin baik berbanding tahun lalu, serta menjelaskan perkembangan positif daripada senario dunia.

Perbandingan ekonomi menunjukkan, sama ada apa yang dilaksanakan tahun lalu berhasil atau sebaliknya serta senario dunia yang menjelaskan potensi dimiliki negara. Ia membuktikan Bajet 2018 dibentangkan kerajaan, memiliki strategi jelas dan berpandukan realiti.

Comments