RAKYAT SELANGOR BANGKIT MENOLAK POLITIK KEBENCIAN YANG DIAMALKAN OLEH PAKATAN HARAPAN



Kira-kira 5,000 warga Selangor dari pelbagai kaum dan agama berhimpun di Dataran Mayang, Seksyen 16 bagi menzahirkan kesetiaan dan mempertahankan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Perhimpunan rakyat ‘Daulat Tuanku’ yang bermula pada 9.30 pagi pada 10 Disember itu bertujuan mempertahankan dan menzahirkan daulat kepada baginda berikutan kenyataan anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim menghina Sultan Selangor menerusi Twitter baru-baru ini.

Ia juga sebagai mengecam pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran kenyataan menghina etnik Bugis yang telah mengguris hati baginda dan mendesak tindakan tegas diambil terhadap kedua-dua ahli politik itu.

Mereka juga mencadangkan agar pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit bagi Zaid dan Dr Mahathir berucap di mana-mana perhimpunan dan pentas politik di Selangor.

Mereka juga mahu Zaid dan Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Kerajaan negeri pimpinan PKR dilihat tidak berbuat apa-apa dalam mempertahankan baginda susulan kenyataan Dr Mahathir yang didakwa menghina etnik Bugis hingga menyebabkan Sultan murka, lebih-lebih lagi menjelang Hari Keputeraan baginda pada 11 Disember yang lalu.

Comments