RAKYAT BENGANG DENGAN DAP BERHUBUNG ISU KILANG HARAM SUNGAI LEMBU SEMAKIN LAMA, SEMAKIN MERANA DAN SENGSARA RAKYAT DI BAWAH DAP
Semasa DAP berkempen bagi memenangi Pulau Punang, DAP berjanji untuk menjaga alam sekitar, tetapi lihatlah betapa ramai yang menjadi mangsa pencemaran kilang haram di Kampung Sungai Lembu. Kilang haram ini sendiri dibina pada zaman pemerintahan DAP dan bukannya Barisan Nasional. Tetapi jelas terbukti bahawa janji-janji tersebut sama sekali tidak ditunaikan sehinggalah membawa kepada malapetaka dan kemerosotan Pulau Pinang.
Kita boleh melihat Ketua Menteri DAP, Lim Guan Eng cuba lari dari tugas dan tanggungjawab kononnya mendakwa kilang berkenaan sudah lama ada dan wujud pada zaman ketika Barisan Nasional Pulau Pinang. Ini tuduhan dan dakwaan yang sama sekali tidak benar.
Apa yang menyedihkan dan mengecewakan adalah sikap tidak ada perikemanusiaan, sampai hati Lim Guan Eng sehinggakan sanggup melihat penduduk kampung Sungai Lembu mati akibat dijangkiti kanser akibat kilang haram.
Tengoklah sehingga sekarang kilang haram yang beroperasi selama 10 tahun tanpa lesen tiada diambil sebarang tindakan. Sehingga ke hari ini tiada tindakan diambil oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang malah kilang ini dilindungi lagi. DAP sendiri melindungi kilang haram ini biarpun sudah mendapat bantahan daripada penduduk setempat. Ini namanya Ketua Menteri gila.
Realitinya Pulau Pinang perlulah bangkit dan bantah perangai dan sikap Ketua Menteri sebegini. Sampai bila rakyat Pulau Pinang hendak diperbodohkan oleh DAP. Cukup-cukup sudah. Pastikan rakyat menghukum DAP Pulau Pinang atas kertas undi nanti.

Comments
Post a Comment