RAJA FITNAH! BUKAN SEKALI FITNAH TAPI BERKALI-KALI DIA LAKUKAN FITNAH! ISU FITNAH TERBARU, RAFIZI AKUI KESILAPAN DIRI


Bagaikan jatuh ditimpa tangga! Itulah perumpamaan yang sesuai digunakan ke atas pemimpin PKR dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di atas tindakan membabi butanya menuduh dan menfitnah Datuk Seri Rahman Dahlan memberi kontrak kepada abangnya. Namun yang demikian, individu yang dikaitkan Rafizi iaitu Raslan Dahlan adalah bukan abang kepada Rahman Dahlan dan mereka tidak mempunyai sebarang pertalian keluarga.

Rafizi Ramli Naib Presiden PKR akhirnya mengaku memfitnah Datuk Seri Rahman Dahlan selepas sidang medianya mengenai abang kepada menteri yang didedahkan hari ini. "Saya sudah memeriksa dan mengesahkan yang ia bukan abangnya - maklumat itu tidak betul," - kata Rafizi.

Beliau terdahulu mendakwa EPU, sebuah unit dalam Jabatan Perdana Menteri di bawah Rahman, memberikan kontrak bernilai jutaan ringit menganjurkan expo kepada sebuah syarikat pengurusan acara, Pico Intergrated Exhibits (M) Sdn Bhd, yang mana ketua pegawai eksekutifnya Rasan Dahlan didakwa adalah abang kepada Rahman. 

Akibat daripada tindakan Rafizi itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Rahman Dahlan bersama Raslan Dahlan akan menyaman Rafizi Ramli berhubung fitnah terbaru Rafizi Ramli itu. Rafizi turut mengaku malu dan silap dengan tindakan fitnahnya itu dan tidak kisah disaman oleh Rahman Dahlan demi mempertahankan ego dan tindakannya yang terkenal dengan siri kisah pendedahan dan fitnah. 

Ini bukan kali pertama dia menfitnah orang, ingat lagi insiden fitnah pada penghujung Mei 2017 apabila Rafizi menfitnah seorang wanita bernama Florence Goh sebagai pengarah sebuah syarikat yang didakwa membuat bayaran RM1 juta kepada pelobi Washington. Dalam kes fitnah ini, Rafizi juga mengakui kesilapannya iaitu nama sama, orangnya lain kerana orang yang dimaksudkan itu bukannya individu yang dikaitkan kerana kedua-dua individu ini mempunyai nama yang sama.





Comments