PUSAT JUDI HARAM, RUMAH URUT, KELAB MALAM, DISKO BERLAMBAK-LAMBAK DI SELANGOR!!! TETAPI MANA PERGI RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT UNTUK GOLONGAN YANG BERPENDAPATAN SEDERHANA DAN RENDAH???



Bilangan rumah urut di Selangor berlambak-lambak sehinggakan mencecah hampir 25, 597 buah di Selangor. Jumlah rumah urut di Selangor akan terus bertambah dan meningkat sehinggakan mencapai hampir 25, 597 buah rumah urut di Selangor, 6,000 daripadanya rumah urut menawarkan khidmat seks dan beroperasi secara haram. Perkhidmatan seks ini menggunakan whatsapp dan wechat sebagai perhubungan untuk mendapatkan pelanggan dan mempromosi perniagaan dan kegiatan maksiat mereka. Cuba kita bayangkan pusat maksiat, pusat pelacuran seks bertambah setiap tahun tetapi pembinaan rumah mampu milik Selangor terbantut dan dibiarkan sahaja tanpa sebarang pelaksanaan. Adakah ini adil terutamanya kepada rakyat Selangor? 

Ini semuanya berlaku kerana PKR sendiri tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional dalam pembinaan PRIMA dan PPR di Selangor. Kerajaan Negeri DAP lebih mengutamakan pemberian kelulusan lesen rumah urut yang menawarkan khidmat seks daripada meluluskan rumah mampu milik untuk rakyat Selangor.

Sebelum mengambil alih Selangor bermacam-macam janji yang ditabur oleh Azmin Ali kononnya mahu membina rumah mampu milik rakyat Selangor sebanyak 15,000 unit rumah dalam masa 3 tahun dengan menggunakan geran RM 100 juta dari rezab kerajaan negeri Selangor. Tetapi cuba tengok tidak ada satu rumah milik Selangor, malah geran RM 100 juta lesap hangus begitu sahaja. 

Bukan itu sahaja malahan kelab , pub dan disko semakin bertambah sehinggakan angkanya sudah mencecah 9,394 buah kelab dan pub di Selangor. Realitinya semua ini berlaku kerana DAP yang menentukan segalanya. Pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan undang-undang dan SPRM juga seharusnya bertanggungjawab menyiasat mereka yang terlibat dalam projek rumah urut, judi, kelab dan pub kerana meluluskan terlalu banyak rumah urut, pusat judi, hotel bajet, kelab dan pub di Selangor.

Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. 

Comments