PPBM DIAMBANG PEMBUBARAN, TUMBANGLAH PPBM SEBELUM PRU-14



Kita dapat melihat taufan puting beliung kini melanda Parti Bunga akan dibubarkan tidak lama lagi. Berita berkenaan mengenai perancangan untuk membubarkan Parti Bunga dibuat gara-gara kebanyakan ahli Parti Bunga sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan tertinggi berikutan masalah dalaman parti berkenaan ditambah lagi dengan faktor pemilihan yang berat sebelah dan pilih bulu serta pilih kasih.

Bukan setakat masalah dalaman parti malahan masalah pembahagian dana juga dikatakan sebagai masalah yang serius di mana wang yang disalurkan hanya diterima dan disimpan oleh pihak-pihak tertentu untuk kegunaan sendiri. 

Pemimpin atasan Parti Bunga kecewa dengan parti itu yang mengamalkan kronisme. Tidak mustahil untuk kita lihat Parti Bunga mengambil tindakan dan keputusan drastik untuk membubarkan Cawangan mereka kerana tindakan berat sebelah pucuk pimpinan atasan yang tidak mendengar pandangan dan pendapat orang bawahan.

Semua yang kita dapat lihat dan alami kini diluahkan sendiri oleh orang-orang Parti Bunga sendiri. Ahli-ahli, orang bawahan dan pemimpin dalam kalangan Parti Bunga sendiri dapat melihat dengan mata kasar mereka yang Parti Bunga ini mengamalkan kronisme dalam pelantikan pucuk pimpinan negeri mahupun cawangan. Parti Bunga ini saling tidak tumpah seperti apa yang berlaku dalam Parti PKR di mana parti itu juga diambang kehancuran dan kemusnahan. Boikot-memboikot dan benci membenci sudah lama meresapi parti itu.

Hakikatnya pembubaran Parti Bunga seharusnya dilakukan secepat mungkin kalau boleh sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 memandangkan Parti Bunga satu-satunya parti yang tidak berguna, tidak mendapat sebarang sokongan apatah lagi undian daripada rakyat sejak penubuhannya lagi. 



Comments