DAP anti-Melayu dan Islam dan perjuangan parti pembangkang itu bermatlamat menjadikan Malaysia negara sekular sepenuhnya. Manakala parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula sebuah parti yang baru setahun jagung yang hanya dimonopoli oleh golongan pemimpin-pemimpin kecewa dalam politik seperti Tun Dr Mahathir, Muhyiddin Yassin, dan Mukhriz Mahathir.
DAP pula sejak 50 tahun lalu dikuasai oleh penasihat dan dinasti anak-beranak. Beza pula PPBM sebuah parti yang dikuasai oleh pemimpin yang tamak kuasa. Pemimpinnya pernah menguasai negara selama 22 tahun dengan corak pentadbiran rejim diktatornya seperti penggunaan undang-undang ISA.
Mana demokrasi yang dimomok-momokkan oleh kedua-dua parti ini? DAP misalnya, ternyata sekadar pada nama saja. Hatta dalam pemilihan semula CEC DAP, hanya 54 peratus yang hadir dan dikatakan ada unsur penipuan. Ini tak masuk lagi cerita ‘parti Bunga Raya’ atau istilah dulu-dulu, kembang sepatu yang diterajui bekas pucuk pimpinan UMNO dan bekas negarawan yang kecewa. Parti ini sekadar hangat-hangat tahi ayam sehingga ke hari ini mesyuarat agung tahunan parti tidak dapat dijalankan.
Apa yang jelas di sini PPBM mendakwa berjuang untuk orang Melayu tetapi sebenarnya berpakat dan sedang dijadikan ‘perkakas’ DAP. Perjuangan kedua-dua parti ini sama iaitu demi kuasa dan kepentingan peribadi. Realitinya perjuangan mereka jelas bukan kerana rakyat. Ianya satu pembohongan dan penipuan yang dijaja oleh DAP dan PPBM tetapi secara tersiratnya mereka berjuang demi matlamat peribadi!

Comments
Post a Comment