PENGERUSI PAKATAN HARAPAN CUBA ALIH ISU FOREX


Pengerusi Pakatan Harapan dan juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad cuba mengalihkan isu skandal urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an yang menyebabkan negara kehilangan RM31.5 bilion.

Dr Mahathir mahu mengalih perhatian rakyat terhadap isu sebenar iaitu perbuatan menyembunyikan fakta kerugian daripada Kabinet pada waktu itu. Untuk mengalihkan isu ini, Dr Mahathir terpaksa membuat dakwaan liar kononnya kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami kerugian sehingga RM160 bilion. 

Tindakan ini jelas satu taktik untuk menyelamatkan dirinya daripada dipertanggungjawabkan ke atas skandal berkenaan. Tindakan dilakukan Mahathir itu seolah-olah sengaja mahu melempar ‘umpan’ persepsi supaya disahut oleh rakyat.

Beliau seolah-olah ketandusan idea untuk terus mencipta tohmahan dan fitnah terbaru terhadap kepemimpinan negara. Dalam hal ini, beliau tampak amat yakin mampu mencipta dan mewujudkan polemik baharu bagi meracuni pemikiran rakyat bagi menyelamatkan dirinya.

Kesimpulannya, pihak berkuasa terutamanya polis perlu memanggil pihak bertanggungjawab dalam skandal forex tersebut untuk segera dibawa ke muka pengadilan. Buat rakyat, mereka perlu tahu akan kebenaran kerana kehilangan lebih RM31 bilion merupakan kerugian yang amat besar dan rakyat perlu tahu siapa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara itu.




Comments