PENGENDALI LAMAN WEB lowyat.net & jobstreet.my DISIASAT SKMM BERHUBUNG KEBOCORAN DATA PERIBADI PENGGUNA TELEFON MUDAH ALIH



Pada sidang perbahasan di Parlimen semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari memaklumkan sebanyak 46.2 juta data peribadi pelanggan nombor telefon mudah alih dilaporkan 'bocor' dan telah disalahguna oleh beberapa agensi untuk kepentingan peribadi.

Walaupun siasatan tersebut menjurus kepada kebocoran yang berlaku pada 2014 dan bukannya data terkini, ianya patut dipandang serius oleh pihak berkuasa. Ini kerana telah banyak berlaku kes-kes penipuan melibatkan wang ringgit dan jenayah gangguan seksual yang melibatkan perhubungan telefon dan sebagainya.

Privasi rakyat Malaysia seolah-olah telah diganggu oleh syarikat dan agensi ini dengan beberapa panggilan telefon yang kononnya melakukan survey dan sebagainya. Namun sebaliknya, mereka mendedahkan nombor telefon individu yang terlibat kepada perbuatan jenayah dan penipuan.

Dalam kenyataan Timbalan Menteri itu, beliau menyenaraikan laman web lowyat.net dan jobstreet.my antara dua syarikat yang disiasat bersabit kes kebocoran berkenaan.

Bagi pengguna dan pelayar laman sesawang berkenaan hendaklah sentiasa berhati-hati kerana di dalam dunia IT sekarang ini macam-macam perkara boleh terjadi.

Comments