PEMIMPIN LAPOK HANYA ADA IDEA YANG LAPOK, PERLU DITOLAK DEMI MASA DEPAN NEGARA



Perdana Menteri, Datuk  Seri  Najib Razak membuat pemerhatian bahawa  masa depan Malaysia hanya boleh ditentukan oleh pemimpin-pemimpin dinamik  yang  bergerak seiring dengan kemajuan. 

Sebaliknya,  pemimpin-pemimpin lapuk hanya akan membawa  idea-idea  dan falsafah-falsafah basi  yang  tidak sesuai untuk kenegara ini. 

"Kalau  mahukan  'party  for  the  future  of  the  future' (parti masa depanuntuk masa depan), kita tidak boleh terima 'men from the past) (pemimpinlapuk)... taklogik.

"'Men from the past' akan membawa  idea  masa lampau untuk  masa  kini dan akan datang.

"Kita mahu idea baharu, digital Malaysia. Kita mahu menjual  e-platform kepada dunia, kita sudah ada 2,000 SME (Perusahaan Kecil dan Sederhana), kita lihat jualan harian di China mencecah AS$26 bilion.

"Jika kita nak kaya, nak orang Melayu Bumiputera maju, kena melangkau, kena jalan lebih deras lagi. Jangan lagi bertatih, jalan laju, melalui e-plaftorm dan sebagainya boleh menguasai dunia," katanya.

Pernyataan beliau sudah tentu merujuk kepada Mahathir dan Lim Kit Siang yang sememangnya merupakan ‘old guard’ politik yang pada masa yang sama merupakan pemimpin-pemimpin paling berpengaruh PakatanHarapan. 

Mahathir sebagai contoh telah menyatakan keinginan beliau untuk menghapuskan kaedah bantuan bertumpu iaitu BRIM dan menghapuskan sistem GST yang lebih baik daripada SST. Selain itu, beliau juga ingin menubuhkan semula syarikat automatif baru walaupun negara Malaysia terbukti tidak mampu menanggung industri tersebut. Lim Kit Siang pula ingin mengekalkan dinasti di dalam parti DAP yang sememangnya sudah kekurangan tenaga-tenaga muda yang benar-benar berpotensi dan bukannya pak turut semata-mata. 

Apa yang pasti, rakyat perlukan pemimpin bervisi dan kedua-dua Mahathir dan Lim Kit Siang serta Pakatan Harapan yang mereka pimpin tidak mempunyai visi tersebut. 


Comments