PAS TAK NAK BUANG MASA DENGAN MAHFUZ YANG PRO PAKATAN DAN CUCUK PAS DARI BELAKANG!!!




Buat masa sekarang ini PAS masih lagi belum memecat Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar keraan PAS mahu memberikan sepenuh tumpuan dan fokus yang sepenuhnya terhadap Pilihan Raya Umum Ke-14. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada keperluan buat PAS itu menumpukan terhadap Mahfuz malahan menganggapnya sebagai membuang masa. Bagi PAS mereka tidak akan membuang masa memikirkan Mahfuz. 

Baru-baru ini juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuat kenyataan bahawa Mahfuz tidak tersenarai sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi kerusi Parlimen Pokok Sena selain meminta Mahfuz agar menggunakan platform lain untuk bertanding. PAS akan meletakkan calon PAS sendiri. 

Sikap angkuh dan tidak menghormati dasar parti jelas memperlihatkan sikap sebenar Mahfuz terhadap hubungannya dengan PAS dan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS. Mahfuz kononnya mendakwa bahawa dirinya sedia menerima teguran, kritikan dan memberikan pandangan terhadap partinya PAS walaupun menerima desakan supaya keluar parti.

Bagi PAS adalah lebih baik parti itu memberikan sepenuh perhatian kepada pilihan raya umum yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Mahfuz sepatutnya menyertai parti lain daripada terus mengecam parti sendiri. Mahfuz diibaratkan duri dalam daging dan segala kritikan dan tindakannya sering kali mengkritik dasar parti membuktikan Mahfuz bukan lagi ahli PAS.

Kesimpulannya Mahfuz lebih senada dan seiring dengan ahli parlimen pembangkang yang lain. Mahfuz pembelot yang rela membela DAP, PKR, PPBM dan Amanah daripada mempertahankan partinya sendiri.

Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. 

Comments