PAS KATA PAKATAN HARAPAN KETANDUSAN CALON BERKALIBER UNTUK JAWATAN PM & TIAN CHUA BANTAH DR MAHATHIR JADI CALON PM!
PAS mempertikaikan tindakan Pakatan Harapan mencalonkan semula Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Perdana Menteri walaupun jawatan itu hanya sementara buat Pakatan Harapan. Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengkritik Pakatan Harapan ternyata ketandusan pemimpin pelapis.
Pakatan Harapan secara rasminya mencadangkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri manakala Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya. Namun begitu, Tian Chua (PKR) tidak bersetuju dengan cadangan mengangkat Dr Mahathir untuk jawatan Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan yang semestinya akan memberi tamparan kepada Anwar Ibrahim!
Jelas sekali, Pakatan Harapan yang didalangi DAP tampak ketandusan calon berkaliber apabila mencadangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan tersebut memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pakatan Harapan sepatutnya melihat ke hadapan dalam soal tersebut dengan mencalonkan individu lain yang lebih layak bukannya mengangkat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM) itu sekali lagi menjadi Perdana Menteri.
Zaman Dr. Mahathir sudah lama berlalu walaupun bekas Perdana Menteri itu mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan tersendiri. Dalam ramai-ramai ahli Pakatan Harapan, tiada calon lain yang lebih layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri yang jelas menampakkan pakatan ini tiada calon. Yang hanya mereka nampak Dr Mahathir, Dr Mahathir dan Dr Mahathir!

Comments
Post a Comment