PAS CABAR HUSAM MUSA, AMANAH BERTANDING DI KELANTAN DUN PANCHOR


Kenyataan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa yang menyatakan keyakinannya bahawa parti Amanah mampu menang di kubu kuat PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah memberi reaksi balas daripada parti PAS. Malah, Husam sendiri yakin bahawa tidak akan berlaku tiga penjuru pertandingan PRU14 di Kelantan kerana PAS dan UMNO tidak akan berlawan sesama sendiri.

Namun demikian, PAS memberi reaksi balas dengan mencabar Amanah jika benar mereka mahu menumbangkan PAS! Datuk Husam Musa tidak perlu mencalonkan orang lain untuk bertanding di kerusi DUN Panchor, yang kini digalas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Dalam perkara ini, Husam sepatutnya mencalonkan dirinya sendiri untuk bertanding di kawasan tersebut jika yakin akan menang di kerusi selesa PAS itu. Persoalan yang ditimbulkan oleh PAS ialah “Apa yang cuba Husam lakukan sebenarnya? Apa yang diyakini beliau sebelum ini? Apabila Husam kata boleh menang di kubu kuat PAS, padahal sebenarnya beliau tidak yakin dengan partinya sendiri.

Namun yang demikian, sebenarnya Husam sendiri tidak yakin untuk memenangi kerusi di Kelantan justeru meletakkan calon bukan pimpinan utama Pakatan Harapan di Kelantan untuk bertanding agar beliau boleh lepas tangan dari mendapat malu akibat daripada kekalahan nanti.

Di samping itu juga, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mencabar Husam untuk bertanding dikerusi PAS, jika beliau sendiri yakin partinya boleh menang di kerusi yang dimenangi oleh PAS dengan majoriti selesa. Dalam hal ini, beliau sendiri sepatutnya mengisytiharkan diri terlebih awal untuk bertanding di kerusi tersebut jika benar-benar yakin! Pergeseran parti antara Amanah dan PAS dilihat akan memuncak pada PRU14 nanti, sudah pasti PAS akan memerangi parti kuda tunggangan DAP ini habis-habisan demi maruah dan martabat PAS!





Comments