PAN TOLAK SERTAI HIMPUNAN SOLIDARITI SELAMATKAN BAITULMUQADDIS BUKTI PAN LEBIH RELA PERJUANGKAN AGENDA DAP DARI AGENDA ISLAM


Soal Palestin sememangnya cukup dekat di hati rakyat dan perjuangan isu ini turut mendapat sokongan padu daripada parti bukan Islam seperti MCA, MIC dan rakan parti Barisan Nasional (BN) yang lain.

Walau bagaimanapun, amat mengejutkan kita apabila mendapat tahu bahawa Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub memaklumkan parti itu tidak akan menghantar wakil pada Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis yang akan diadakan di Masjid Putra, Jumaat ini.

Keengganan Parti Amanah Negara (PAN) untuk menyertai Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Putrajaya Jumaat ini menimbulkan persoalan kerana program tersebut adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang merentasi sempadan politik dan ideologi.

Tidak ada sebab penganjuran perhimpunan tersebut tidak mendapat sokongan seluruh rakyat negara ini daripada semua pihak tidak kira Islam, bukan Islam, berbeza fahaman politik dan sebagainya melainkan mereka yang menolak menyertainya harus bersedia untuk dipersoalkan rakyat.

Dalam satu sidang akhbar bersama Salahuddin, beliau memberitahu barisan kepemimpinan PAN membuat keputusan untuk tidak hadir selepas melihat cara perhimpunan itu dipromosikan yang mengetengahkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nampak gaya, PAN lebih rela memperjuangkan agenda DAP daripada memperjuangkan nasib dan agenda ummah Islam. Keengganan PAN menyertai perhimpunan ini jelas menunjukkan sikap ego parti ini yang kini sudah dicemari dengan ideologi DAP! PAN sepatutnya mengenepikan soal politik demi Islam, tapi sayang sekali PAN lebih pentingkan air muka politik mereka sahaja!

Comments