PAKATAN HARAPAN MASIH KELIRU UNTUK LETAK SIAPA CALON PM PH


Gabungan pakatan pembangkang diterajui DAP dilihat masih bergelut untuk menamakan calon Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kekeliruan dalam isu calon jawatan nombor satu negara itu dilihat semakin meruncing apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau pemimpin paling dominan dalam gabungan pembangkang. Reaksi Tun Dr Mahathir ini menampakkan bahawa beliau bersungguh-sungguh mahu menjadi Perdana Menteri semula.

Bagaimanapun, pada masa sama, ada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang tidak gemar untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai calon PM PH seperti Azmin Ali, Tian Chua dan ramai lagi. Oleh itu, kini urusan penamaan calon diambil alih oleh pemimpin DAP. DAP kini dilihat sering membuat pengumuman dasar bagi pihak gabungan pakatan pembangkang.

Nama Anwar Ibrahim juga disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri tetapi individu lain yang akan mengisi jawatan Perdana Menteri sementara kerana beliau masih menjalani hukuman penjara. Kekeliruan ini juga telah menyebabkan gabungan pembangkang terpaksa mengumumkan calon Perdana Menteri sementara mereka pada bulan depan. 

Realitimya, itu baru perbincangan untuk satu jawatan, belum lagi jawatan-jawatan lain yang perlu diisi jika PH menang. Tidak mustahil insiden kerusi terbang akan berulang kembali di kalangan pemimpin PH kerana rasa tidak puas hati dengan pencalonan yang dibuat jika buat pilihan yang tidak disukai mereka!

Comments