MISI DAP 'TAMATKAN KARIER POLITIK' DR TAN SENG GIAW DI KEPONG


Ramai di antara kita tahu bahawa Ahli Parlimen DAP Kepong iaitu Dr Tan Seng Giaw sangat disukai oleh veteran parti DAP dan beliau juga dianggap baik walaupun oleh penyokong bukan pembangkang dan pemimpin. 

Namun begitu, populariti Dr Tan Seng Giaw kini dilihat sebagai satu ancaman kepada Dinasti Lim dan puak-puak yang pro kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang melihat kehadirannya yang mampu mengganggu gugat perjalanan dan masa depan DAP. 

Ini kerana kadang kala, kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Tan Seng Giaw ada kalanya berpihak kepada pihak Kerajaan menyebabkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak berpuas hati. Contoh terbaik adalah Dr Tan Seng Giaw adalah sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa PAC yang mana kenyataan dalam PAC kebanyakannya berpihak kepada Kerajaan.

Dengan Dinasti Lim masih mengawal 20 ahli CEC, Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng boleh memutuskan siapa yang menjadi pengerusi parti, setiausaha agung parti, Ketua Pembangkang di Parlimen, dan sebagainya.

Tidak mustahil karier politik Dr Tan Seng Giaw bakal ditamatkan pada PRU-14 ini memandangkan kumpulan pro Dinasti Lim tidak mahukannya dan sudah dalam perancangan untuk membunuh karier politik Dr Tan Seng Giaw

Pendek kata, Dinasti Lim kini mengawal DAP dan memutuskan apa yang berlaku dalam parti. Sesiapa yang menentang Dinasti Lim dan pertikai apa yang dikatakan akan berakhir seperti apa yang akan anda alami di Korea Utara. 

Oleh itu, jangan terkejut Dr Tan Seng Giaw hilang kerusi Kepong dan bakal diketepikan dalam pilihan raya umum ke-14 nanti kerana sudah wujud pihak dalam DAP itu sendiri yang akan mencari jalan untuk menyingkirkannya! Kita tunggu dan lihat kesudahannya. 



Comments