MANA RUMAH MAMPU MILIK DAP PULAU PINANG??



UMNO Pulau Pinang menggesa kerajaan pimpinan DAP menjelaskan jumlah unit perumahan kuota Bumiputera dilepaskan sejak 2009. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Osman berkata menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015 sehingga hujung tahun 2016 baki wang dalam Tabung Amanah Perumahan Bumiputera ialah sebanyak RM 110.93 juta dan telah meningkat RM 15.31 juta berbanding dengan RM 85.62 juta pada akhir 2015. Peningkatan ini berlaku disebabkan sumbangan yang diperoleh daripada pemaju-pemaju perumahan untuk bayaran pelepasan kuota perumahan Bumiputera bagi 49 projek perumahan pada tahun 2016, manakala unit Bumiputera pula dilepaskan sebanyak 1,633 unit. 

Tetapi tengok sahajalah sejak tahun 2009, kerajaan negeri tidak pernah membina sebarang rumah baru bagi menggantikan kuota perumahan Bumiputera yang dilepaskan. Kerajaan Negeri dilihat seperti tidak berminat langsung menyediakan dan membina perumahan kepada Bumiputera di Pulau Pinang. 

Jika mahu dibandingkan dengan Najib sebagai Perdana Menteri, sejahat-jahat  Najib pun terhadap rakyat sebagaimana yang dicanang-canang oleh parti pembangkang sebelum ini, Najib tetap memberikan pertolongan dan bantuan iaitu Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah. 

Idea Najib ini untuk meringankan beban rakyat berbeza jika dibandingkan dengan ketua kerajaan parti pembangkang Pakatan Harapan Lim Guan Eng yang mentadbir dan memerintah negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008 tetapi sehingga sekarang tidak mampu menaikkan satu pun blok rumah mampu milik khususnya kepada golongan yang berpendapatan pertengahan ini.

Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang hanyalah membina beratus-ratus rumah yang mampu milik buat tauke-tauke Cina yang kaya raya yang mempunyai pendapatan isi rumah RM 10,000 seminggu dan bukannya sebulan. Paling ramai dari golongan yang berpendapatan sederhana, susah dan sederhana adalah dari kaum Melayu dan India, apa tindakan Guan Eng untuk membantu kaum Melayu dan India bagi mendapatkan rumah sendiri di Pulau Pinang? 

Sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan daripada Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menangani masalah dan isu ini. Cuba kita fikirkan mustahil rakyat berpendapatan sederhana dan rendah untuk mendapatkan rumah milik kekal mereka. Bukannya Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mampu membina rumah-rumah mampu milik sepertimana yang dilakukan oleh Najib sedangkan dirinya sendiri membeli rumah dengan harga yang amat rendah sekali.

Kesimpulannya Guan Eng ini jahat, korup, kejam, gagal dan tidak berguna kerana tidak mampu membantu rakyat malahan membebankan rakyat sendiri.  Kegagalan Guan Eng untuk menyelesaikan masalah rakyat membuktikan bahawa dia tidak sesuai duduk di kerusi ketua menteri kerana dia pemimpin lemah! Pastikan Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang tumpas, tumbang dalam Pilihan Raya Umum nanti. 

Comments