MANA MARUAH PKR? SANGGUP KEHILANGAN JAWATAN PM KERANA TAMAKKAN KERUSI PARLIMEN




Pakatan Harapan terutamanya PKR sudah hilang pertimbangan dan hilang maruah mereka apabila memberi laluan kepada Tun M untuk diangkat sebagai calon PM interim PH.

Tapi pada masa yang sama, PKR meminta kerusi lebih yang kononnya sebagai tebusan/balasan kemurahan hati mereka kerana sanggup melepaskan jawatan PM ke 7 kepada Tun M. Sedangkan jawatan PM tersebut sepatutnya disandang oleh Anwar Ibrahim mengikut perjanjian yang telah mereka capai sebelum ini.

Tapi bila PKR menang banyak kerusi pada PRU-14 nanti, PKR akan tuntut jawatan PM semula dan akan tendang Tun M macam tu je. Ini disebabkan PKR akan menggunakan alasan yang selama ini digunapakai parti politik di dunia bahawa mereka kena ikut prosedur siapa menang majoriti kerusi paling banyak dalam pilihanraya parti itu akan memerintah dan akan menajadi ketua kerajaan.

Namun nasib Tun M selepas PRU dijangka akan lebih merana kerana akan di ketepikan oleh rakan dalam PH. Ini kerana PPBM tidak mempunyai kerusi yang cukup untuk menjadi PM. Dengan berbekalkan hanya 40 kerusi untuk mengharungi PRU-14, mustahil PPBM akan menang kesemua kerusi.

Bila PPBM sudah kalah bilangan kerusi Parlimen itu, nama Tun M akan dibuang seperti sampah. Masa itu barulah PPBM dan penyokongnya tahu bahawa nama Tun M digunakan sebelum PRU dan dalam kempen PH adalah untuk mengaut dan meraih undi simpati dari penyokong tegar Tun M.

Siapa yang rugi?
Siapa yang untung?

Comments