MAHFUZ OMAR JADILAH ANAK JANTAN!! JANGAN ASYIK TIKAM PAS DARI BELAKANG



Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan keputusan ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah untuk bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menunjukkan beliau lebih anak jantan jika dibandingkan dengan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar. Penyertaan Amiruddin dalam parti yang diterajui oleh Mahathir lebih baik untuk parti Islam jika dibandingkan dengan mereka yang duduk dalam PAS tetapi merosakkan parti. 

Tengoklah Mahfuz Omar takut keluar PAS kerana akan jatuh talak 3 ke atas isterinya kerana semua sedia maklum sejak tahun 2004 lagi PAS telah melaksanakan sumpah bai'ah terhadap setiap calon wakil rakyatnya untuk tidak meninggalkan parti itu. Sekiranya mereka ingkar dan meninggalkan parti bermakna taraf perkahwinan mereka ibarat seperti sesama suami isteri akan dijatuhkan talak 3. 

Perkara yang menghantui pemikiran setiap wakil rakyat PAS yang mahu melompat parti ataupun sebagainya. Perkara seperti inilah yang menghantui pemikiran setiap wakil rakyat PAS yang mahu melompat parti atau sebagainya. Ini memandangkan jika perkahwinan yang telah jatuh talak 3 mereka sama sekali tidak boleh rujuk semula. 

Walaupun Mahfuz Omar sering kali mempertikaikan dan membidas segala tindakan PAS, parti PAS belum pernah memecat Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar kerana bagi parti PAS mereka hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan dan fokus sepenuhnya terhadap Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14). Bagi PAS tidak ada sebarang keperluan buat parti itu menumpukan terhadap Mahfuz malah menganggapnya sebagai buang masa. Pas hanya mahu memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa dan tidak mahu memikirkan tentang Mahfuz yang sudah tidak berguna untuk PAS. 

PAS akan terus memperjuangkan agenda PAS sebagai agenda utama dan bukannya memperjuangkan agenda parti lain seperti mana yang dilakukan oleh Mahfuz. Apa yang pasti PAS akan meletakkan calonnya yang memperjuangkan agenda PAS dan bukannya orang seperti Mahfuz. 

Kesimpulannya Mahfuz Omar masih boleh berada dalam PAS walaupun Mahfuz Omar berada dilihat menyokong Pakatan Harapan selagi yang dia mahu sehingga PAS ambil tindakan terhadapnya. Atau Mahfuz Omar boleh sahaja buat pilihan lain untuk menyertai parti lain seperti Amanah jika mahu hadi calon PRU 14 kerana bagi PAS Mahfuz Omar tidak berguna kepada PAS.

Comments