MAHATHIR GUNA ARTIS PENARI BIGO FATHIA DAN FARID KAMIL UNTUK HENTAM DAN SERANG NAJIB



Sejak Mahathir keluar daripada UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional Mahathir begitu aktif menyerang dan menghentam serta cubaan menjatuhkan dan menggulingkan kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan yang dipilih secara sah oleh kerajaan.  Ada sahaja yang dilakukan oleh Mahathir dan rakan-rakan dalam parti pembangkang Pakatan Harapan walaupun hampir kesemua gerakan yang mereka lakukan selama ini terlalu banyak fitnah, pembohongan dan penipuan. Mahathir sendiri pernah mengakui mempergunakan Artis Bigo Fathia dalam usaha menjatuhkan dan menggulingkan Najib. Dan kini terbaru Mahathir mempergunakan Farid Kamil untuk mencapai apa yang dihajatinya selama ini. Persoalannya di sini apakah pelan yang seterusnya yang dirancang oleh Mahathir selepas ini?

Artis yang dipergunakan oleh Mahathir akan menggunakan alasan yang kononnya mereka mempunyai kebebasan bersuara dalam menyampaikan apa yang mereka mahu sampaikan. Tengok sahajalah artis Bigo Fathia aktif dalam laman sosial Twitter menyerang dan menghentam Kerajaan dan Najib.  Respons yang kita dapat dripada setiap Tweet yang dimuatnaik ada yang menyokong apa yang diperkatakan Fathia dan suara-suara keras artis seperti Sharnaaz Ahmad, Adibah Noor , Sheila Majid, Farid Kamil semuanya menghentam segala yang dilakukan oleh kerajaan, walaupun aa yang dilakukan kerajaan itu hanyalah untuk kebaikan dan manfaat rakyat. 

Kini yang terbaru, Datuk Farid Kamil mengeluarkan video klip pendek yang menyerang kerajaan kononnya kerajaan sedia ada ini penuh korup dan kleptokrasi. Tetapi sehingga kini Farid Kamil menafikan kewujudan video berkenaan yang menyaksikan dia hanya mengenakan kain pelekat dengan berbaju T tertera wajah Mahathir.

Mahathir tidak perlu mengeluarkan peruntukan untuk menghentam kerajaan kerana kerja-kerja memfitnah akan dilakukan oleh artis-artis. Artis ini tidak sedar mereka bernasib baik kerana jika Mahathir menjadi Perdana Menteri hari ini, nasib mereka akan jauh lebih buruk daripada apa yang mereka sangkakan. Tengok sajalah Amy Search, Awie, M. Nasir yang digam oleh semua media televisyen kerana mengkritik kerajaan semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri. 

Kesimpulannya artis-artis sepatutnya mengambil iktibar atas apa yang berlaku pada artis-artis zaman Mahathir yang digam dan bukannya mengikut rentak dan kemahuan Mahathir. Bukan mahu menafikan hak kebebasan artis tetapi mereka sepatutnya tahu apa yang mereka mahu perjuangkan dan bukannya hentam semberono.

Comments