Rakyat Kelantan sebenarnya amat membenci Mahathir sejak tahun 1980 an lagi apabila Mahathir memfitnah beliau Monarki dan menjadikan mereka sebagai bahan ketawa. Pada tahun 1990 rakyat Kelantan atas perintah DYMM Sultan Ismail Petra telah menendang keluar parti Mahathir keluar dan mengundi PAS Semangat 46 sebagai Kerajaan Kelantan yang baru.
Mahathir telah banyak melakukan kesalahan kepada rakyat Kelantan sebagai contoh Mahathir yang membatalkan geran RM 600 juta walaupun sebelum ini geran berkenaan sudah diluluskan untuk menaik taraf bekalan air di negeri berkenaan. Tengok sajalah kekejaman dan kezaliman Mahathir membatalkan geran berkenaan walaupun kerja menaik taraf bekalan air telah diluluskan. Kalau rakyat Kelantan mahukan 600 juta, mereka perlulah mengundi UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum, tetapi apabila tibanya Pilihan Raya Umum, rakyat Kelantan tidak mengundi Kerajaan Barisan Nasional sebaliknya mereka kekal mengundi PAS.
Mahathir sebenarnya telah lama mengakui bahawa negeri Kelantan tidak layak menerima royalti minyak berikutan kesemua pelantar minyak dan gas berkenaan berada di luar pesisir pantai negeri iaitu pada 5.56 kilometer iaitu 3 batu nautika. Malah Mahathir sendiri tidak pernah pun menyokong usaha berkenaan semasa beliau dengan UMNO. Nampak bukan betapa ramainya rakyat Kelantan yang tidak suka dengan sikap dan perlakuan Mahathir termasuklah kerabat diraja. Dan sekarang ini Mahathir sedang menambah dosa dan terus melakukan kesalahan terhadap rakyat Kelantan dengan menjalinkan kerjasama dengan pembangkang.
Realitinya Mahathir tidak akan dapat sebarang sokongan dan undian untuk menawan semula Kelantan kerana rakyat Kelantan sama sekali tidak menyukai Mahathir. Jangan haraplah Mahathir dan parti pakatan pembangkang Pakatan Harapan dapat menawan semula Kelantan.

Comments
Post a Comment