LIM KIT SIANG DAN PARTI DAP KETAKUTAN ISYTIHAR KEDUDUKAN DALAM PAKATAN HARAPAN. HAKIKATNYA KIT SIANG GILA NAK JADI PERDANA MENTERI



Ketua Ahli Parlimen DAP,  Lim Kit Siang dicabar membuat kenyataan rasmi bagi menafikan hasratnya menjadi Perdana Menteri jika parti pembangkang Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum nanti. Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah sudah berada dalam politik selama 50 tahun dan DAP sendiri mempunyai 38 kerusi Parlimen berbanding parti lain dalam gabungan pembangkang. Mustahil orang seperti Lim Kit Siang akan menolak untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya parti pembangkang Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum pada kali ini. 

Untuk memastikan dirinya menjadi Perdana Menteri, Kit Siang sebenarnya mesti mendapatkan sokongan Melayu dan beliau berjaya melakukannya dengan mempergunakan Anwar Ibrahim dan Mahathir untuk dijadikan alat menarik sokongan pengundi Melayu. Kita lihat sehingga kini penasihat DAP Lim Kit Siang tidak mahu mengisytiharkan kedudukannya dalam gabungan dalam Pakatan Harapan kerana takut bertindak demikian.

Tengok sahajalah dalam UMNO sendiri mempunyai hirarki pimpinan yang jelas berhubung siapa yang menjawat jawatan nombor satu, nombor dua dan nombor tiga.  Berbeza sekali dengan DAP, sekurang-kurangnya dalam UMNO semua pemimpin-pemimpin UMNO jelas dan tahu dengan hirarki dan tahu siapa yang mengeluarkan arahan. Keadaannya tidak sama seperti Pakatan Harapan kerana masing-masing tidak tahu kedudukan masing-masing dalam Pakatan Harapan.

Dalam Pakatan Harapan sendiri, pemimpin-pemimpin mereka sentiasa bersembunyi di belakang perkataan penasihat dan pada masa yang sama ketua mereka akan membuat keputusan seorang diri sebagaimana yang dilakukan oleh diktator. Semua pemimpin dalam Pakatan Harapan akan disebut sebagai Penasihat manakala yang bukan bergelar penasihat adalah diktator. 

Kesimpulannya semua perlu tahu DAP mempunyai kuasa Parlimen dan DAP tidak boleh memerintah tetapi DAP akan menggunakan remote control untuk mengawal keadaan dan kuasa sesiapa dalam Pakatan Harapan. Sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri akan mendengar apa sahaja yang diperkatakan oleh DAP kerana DAP menang paling banyak kerusi di Parlimen. 


Comments