KERANA TERLALU TEKNIKAL JOHARI GHANI PERJELASKAN PENGURUSAN WANG BNM



Menteri Kewangan, Datuk Johari Ghani merungkaikan istilah yang sukar difahami oleh rakyat dalam urusan harian BNM dan bank-bank dunia pada masa ini. Ia juga amat penting bagi menjelaskan aktiviti yang berlaku melibatkan skandal urusniaga Forex di zaman pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Perkara asas yang rakyat perlu tahu adalah memahami perbezaan antara aktiviti pertukaran mata wang spekulatif dan pengurusan pasaran pertukaran asing yang teratur.

Aktiviti pertukaran wang asing spekulatif, dengan bahasa yang lebih mudah, adalah sejenis aktiviti "perjudian" untuk mendapatkan pulangan yang cepat.

Namun, pengurusan pasaran pertukaran asing yang teratur sangat jauh berbeza yang mana kemudahan mudah tunai oleh BNM kepada pelabur di negara ini untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang berkaitan dengan penawaran dan permintaan ringgit di pasaran.

Untuk melihat perkara ini secara perspektif, ia boleh dilihat melalui Laporan Audit Dalaman yang disediakan oleh Juruaudit Dalaman BNM bertarikh 21 Januari 1994 yang mana Bahagian Operasi Pertukaran Asing Jabatan Perbankan di BNM terbabit dalam aktiviti perdagangan tukaran asing yang banyak sehingga pembelian matang dan urus niaga pertukaran mata wang bulanan yang berjumlah purata RM140 bilion pada tahun 1992 telah meningkat kepada RM750 bilion pada tahun 1993! Sebahagian besar urus niaga itu bersifat spekulatif dan tidak mencerminkan mandat BNM untuk mengekalkan keadaan teratur dalam pasaran pertukaran asing mengikut Seksyen 4 Ordinan Bank Negara Malaysia 1958.

Laporan Audit Dalaman itu juga menekankan bahawa magnitud urus niaga spekulasi pertukaran asing dianggap sangat berlebihan memandangkan dana pemegang saham BNM hanya RM4.4 bilion dan rizab antarabangsa negara itu hanya RM43.98 bilion pada masa itu. Aktiviti spekulatif ini menyebabkan BNM mengalami kerugian urus niaga pertukaran asing berjumlah RM31.5 bilion dalam tempoh itu.

Laporan Audit juga menyatakan bahawa aktiviti perdagangan pertukaran mata wang asing spekulatif yang dijalankan oleh bank pusat pada masa itu telah dilakukan oleh Bahagian Pertukaran Asing Jabatan Perbankan BNM, yang diketuai oleh penasihat / pengurusnya, Encik (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop, yang kemudiannya menjadi Menteri Kewangan Kedua.

Dengan skala kerugian aktiviti spekulasi pertukaran asing yang besar, Kerajaan dipaksa untuk memindahkan sahamnya di Telekom dan Tenaga Nasional Berhad kepada BNM pada nilai nominal RM1 sesaham dan saham-saham ini telah dinilai semula oleh BNM pada RM22.10 setiap saham dan RM19.30 sesaham untuk Telekom dan TNB. Di samping itu, BNM terpaksa melupuskan saham Malaysia Airlines kepada pihak ketiga dengan harga RM8 sesaham dan saham MISC pada RM10 sesaham kepada Kumpulan Wang Pencen untuk mendapatkan keuntungan. Jika kerugian pertukaran asing spekulatif ini tidak nyata, Kerajaan tidak akan mengambil tindakan drastik ini untuk menutup kerugian BNM pada masa itu.

Sejak episod kerugian yang dialami pada 1993, BNM dan negara telah berjaya mengambil pelbagai langkah menambahbaikan , terutamanya dalam melaksanakan pembaharuan serta langkah semak dan imbang yang perlu berkaitan aktiviti urus niaga hadapan pertukaran mata wang asing. Hasil daripada pembaharuan ini, walaupun berlaku ketidakstabilan aliran modal dan ringgit dalam tempoh yang lalu, ekonomi kita terus kekal berdaya tahan dan keupayaan BNM untuk menjaga kestabilan kewangan dan ekonomi masih tidak dapat dikompromi. Malah, rizab antarabangsa terus kukuh dan pada akhir November 2017 rizab berjumlah AS$101.9 bilion dan kerajaan dapat mengekalkan 7.5 bulan import tertangguh.

Semuanya sudah diperjelaskan dan tuduhan Tun M untuk mengaitkan langkah kerajaan membantu pelabur dalam tukaran wang asing adalah tidak relevan dan bersifat provokatif bagi mengalihkan isu yang sedang dihadapinya selepas dia tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri.

Comments