KERAJAAN TELAH MENEPATI JANJINYA - 97 % AKU JANJI TELAH DILAKSANAKAN



Menurut kenyataan YB Ab. Aziz Kaprawi, sebanyak 97 peratus aku janji parti Barisan Nasional yang dibentang dalam manifesto sempena Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu sudahpun terlaksana.

Dengan terlaksananya aku janji tersebut jelas bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai kerajaan yang perlu memikul amanah bagi menjaga kebajikan rakyat dan kestabilan ekonomi negara serta keamanan bagi memastikan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman sejahtera.

Sehingga 31 Mac 2017, Barisan Nasional (BN) sudah pun melunaskan 97% manifesto pilihanrayanya kepada rakyat. Sejumlah 4,844 atau 83% projek bernilai RM73.49 billion sudah yang dijanji dalam manifesto BN sudah dilaksanakan.

14% lagi merangkumi 804 projek bernilai RM255.17 billion adalah dalam fasa perlaksanaan. Bermakna sudah 97% janji manifesto BN sudah dilaksanakan dan ditepati.

Baki 3% lagi merangkumi 167 projek bernilai RM60.43 billion adalah dalam proses pra perlaksaan. Pencapaian Manifesto BN ini adalah bertepatan dengan slogan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 'Janji Ditepati' selain 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Kerajaan dan BN bersama parti komponen yang lain sudah menyelasaikan isu besarnya. Namun pembangkang masih tercari-cari lagi rentak untuk memastikan mereka terus berkuasa di 3 buah negeri.

Pada masa yang sama, pembangkang di bawah Pakatan Harapan masih bergolak untuk melantik barisan kepimpinan untuk menerajui PH. Selain itu calon Perdana Menteri mereka juga masih belum dapat diselesaikan kerana masing-masing mempunyai kepentingan peribadi dan tidak pernah ikhlas untuk berjuang demi rakyat.

Pernahkah kita mendengar PH membincangkan mengenai ketuanan Melayu dan usaha serta suara mereka untuk memperkasakan Islam?

Comments