KERAJAAN NEGERI DAP PULAU PINANG SEOLAH-OLAH BUAT JUALAN TANAH 'JUMBO' DI NEGERI ITU & TIDAK BERI ANGKA TEPAT JUALAN TANAH


Sebenarnya Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak memberikan angka yang tepat berhubung penjualan tanah yang dilakukan mereka di negeri itu. Berdasarkan rekod yang dikumpulkan menerusi laporan media dan rekod rasmi kerajaan negeri, kerajaan DAP telah menjual 5,446.8 ekar (2204.24 hektar) sepanjang 9 tahun memerintah negeri itu berbanding semasa era pentadbiran BN yang menjual 3,661 hektar dalam tempoh puluhan tahun.

Angka tidak akan berbohong dan dalam hal ini Rakyat Pulau Pinang kehilangan secara puratanya 1.7 ekar tanah (0.688 hektar) setiap hari sejak sembilan tahun yang lalu. Malah keluasan tanah itu boleh membina 204 unit rumah kos sederhana rendah yang berharga RM72,500 semasa tempoh pentadbiran BN. Ini bermakna rakyat negeri ini telah kehilangan peluang untuk memiliki 204 unit rumah kos sederhana rendah setiap hari.

Angka ini juga menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri Pulau Pinang melaksanakan jualan tanah 'jumbo' yang turut melibatkan penjualan tanah di Taman Manggis, Bayan Mutiara, Gurney Drive, Peel Avenue dan Permatang Damar Laut. Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini dilapor pernah membandingkan bahawa kerajaan negeri era BN sebelum 2008 mengutip RM1.0586 bilion melalui penjualan 3,661 ekar tanah, manakala kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang pula hanya menjual 106.1 ekar tanah tetapi berjaya mendapat hasil lebih tinggi sebanyak RM1.1102 bilion.

Secara logiknya Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak boleh membandingkan hasil yang mereka peroleh ketika ini dengan harga yang diperoleh BN ketika itu memandangkan nilai tanah tidak lagi sama. Ini kerana semasa BN memerintah dahulu dari tahun 90-an hingga 2008, harga tanah pada waktu itu tidak setinggi sekarang, tidak bolehlah pihak kerajaan negeri membandingkan hasil yang mereka terima sekarang dengan hasil yang BN terima ketika itu. Jesteru itu, janganlah kelirukan rakyat dengan angka yang tidak tepat kerana apa yang kami peroleh ini adalah berdasarkan data yang tepat.

Comments