KENAPA ISU BAITULMAQDIS PAKATAN HARAPAN CEPAT SEJUK?



Pakatan pembangkang yang diterajui DAP tidak sepakat dalam menentukan hala tuju mereka apabila masih gagal mencapai kata persetujuan dalam beberapa isu pokok termasuk isu Palestin dan pencerobohan Baitul Maqdis.

Sejak awal lagi serta dalam banyak perkara, pembangkang gagal memberi petunjuk terdapat satu ikatan kukuh dalam kerjasama mereka untuk menyuarakan bantahan terhadap penindasan yang berlaku terhadap kota suci umat Islam itu.

Apa yang paling menyedihkan Parti Amanah yang kononnya sebagai pejuang parti Islam tidak menyertai Himpunan Solidariti dalam memperjuangkan nasib rakyat Baitulmaqdis di Palestin di Masjid Putra pada 22 Disember yang lalu.

Alasan kebanyakan pemimpin Pakatan Harapan yang kononnya tidak mendapat jemputan dari pihak penganjur adalah sesuatu yang amat tidak boleh diterima. Sebagai umat Islam sepatutnya mereka tidak perlu dijemput atau dipanggil untuk bersolidariti bersama umat Islam yang lain. Mereka sepatutnya bangkit tanpa disuruh apabila tahu kewajipan mempertahankan agama Islam yang sedang dicabar pada saat ini.

Sekiranya banyak alasan yang diberi, mengapa mereka sendiri (PH) tidak menganjurkan sendiri solidariti mereka bagi menentang serta membantah pengumuman Amerika Syarikat itu? Adakah Parti AMANAH dan pemimpin PH yang lain takut dengan tekanan dari majikan mereka (DAP) yang kita tahu pro kepada Israel dan Yahudi.

Di sini kita sudah boleh melihat bagaimana pendirian PH yang tidak mesra Islam. Mereka hanya menggunakan Islam sebagai batu loncatan untuk menang dalam politik. Kempen sejuk, semangat untuk mempertahankan Baitul Maqdis pun tiada.

Comments