KELANTAN KUBU BUAT BN: BUKAN KEISTIMEWAAN TETAPI AMANAH, TANGGUNGJAWAB UNTUK DIPERTAHANKAN



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua ahli parti komponen Barisan Nasional agar tidak berhenti bekerja keras bagi memastikan bahawa negeri berkenaan kekal sebagai kubu kuat BN. Najib seterusnya mengingatkan bahawa walaupun tarikh pilihan raya umum tidak diketahui semua ahli komponen parti hendaklah terus berusaha menjaga kebajikan rakyat dan turun ke padang bagi mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Najib berkata kerajaan BN mempunyai rekod pencapaian dan prestasi yang baik dengan melaksanakan pelbagai kemajuan dan projek pembangunan walaupun tidak menafikan masih banyak yang perlu dipenuhi dan ditambah baik demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Antaranya projek pembinaan Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bakal melonjakkan ekonomi negeri itu terutama sekali bagi masyarakat persekitaran Pelabuhan Perikanan Tok Bali di Pasir Puteh. Tok Bali satu-satunya stesen ECRL yang mempunyai muatan kargo selain perkhidmatan penumpang, manakala empat stesen lain di negeri ini iaitu Jelawat di Bachok, Tunjung di Kota Bharu, Wakaf Bharu dan Pengkalan Kubor di Tumpat membabitkan pengangkutan penumpang sahaja. Kementerian Kesihatan meluluskan peruntukan sebanyak RM140 juta bagi pembinaan hospital itu di Kampung Bator, Jelawat di sini dan majlis pecah tanah tapak hospital itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 12 Mac lalu. Pembinaan Hospital Bachok yang dijangka siap pada 2019 akan memberi perkhidmatan kepada lebih 156,000 penduduk di kawasan itu. 

Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan di Jalan Hamzah di sini, yang dibina dengan peruntukan RM37.8 juta oleh Kerajaan Persekutuan. Ia adalah UTC ke-18 yang dibina kerajaan sejak diperkenalkan pada 2012.Perdana Menteri turut mengumumkan khabar gembira untuk mengkaji pembinaan sebuah jambatan bernilai kira-kira RM10 juta bagi menangani fenomena banjir termenung yang membelenggu penduduk Kampung Nibong di Tumpat.

Kesimpulannya kecekapan Najib di dalam menguruskan Kelantan telah membawa kepada keamanan dan kemakmuran di negeri berkenaan. Apa yang penting janji Barisan Nasional didahulukan dan seterusnya akan ditepati dan dipenuhi. Inilah caranya Barisan Nasional untuk memberikan pembelaan kepada rakyat. Apa yang boleh dilihat adalah Najib cekap membawa perkembangan dan kemajuan yang pesat kepada Kelantan yang seterusnya dibalas oleh rakyatnya dengan terus memberikan kepercayaan kepada beliau, UMNO dan Barisan Nasional untuk terus membawa pembangunan ke negeri berkenaan.


Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. 

Comments