ISU ZAID IBRAHIM KRITIK SULTAN SELANGOR : KERANA PULUT SANTAN BINASA KERANA TWITTER ZAID DIHALAU DARI SELANGOR!


Zaid Ibrahim sememangnya adalah seorang individu yang suka mencari pasal dan mendapatkan publisiti murahan agar dia mendapat perhatian orang ramai. Tidak lama dulu, Zaid Ibrahim pernah mempertikaikan tindakan Juruterbang AirAsia yang meminta penumpangnya berdoa ketika pesawat mereka dilanda masalah teknikal.

Kali ini Zaid Ibrahim buat karenah lagi melalui kiriman Twitternya 4 hari lalu, Zaid berkata Sultan Selangor “seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya”.

Zaid Ibrahim menjadikan Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai sasarannya. Tindakan itu menyebabkan Sultan Selangor murka dan mengeluarkan kenyataan balas terhadap Zaid Ibrahim. Sultan Selangor dikritik Zaid Ibrahim kerana campur tangan Sultan dalam hal politik negara dan dia mempertikai tindakan Sultan Selangor mengkritik Dr Mahathir berhubung isu hina etnik bugis.

Di antara kritikan sinis dan pedas Sultan Selangor buat Zaid Ibrahim sebagai tindak balas kepada kenyataan biadap Zaid ialah “Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor".

Dalam hal ini, Zaid Ibrahim sebenarnya sengaja memutar belit kenyataan Sultan Selangor yang mengkritik Dr Mahathir. Sultan Selangor meminta Zaid Ibrahim supaya membaca dengan teliti kenyataannya dan mendapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut. Kerana pulut santan binasa kerana twitter Zaid dihalau dari Selangor!





Comments