ISU TANAH KAMPUNG SUNGAI YU : HANNAH YEOH JOLOK SARANG TEBUAN BUAT AZMIN ALI JADI CACING KEPANASAN


Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mengakui wujudnya pelanggaran syarat dalam proses pemberian lot tanah milik kerajaan negeri kepada para penerima di Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang, sebelum ini.

Pengerusi Selcat, Hannah Yeoh menyatakan pelanggaran itu didapati berlaku selepas pihaknya membuat semakan terperinci berdasarkan maklumat yang diperoleh dari Pejabat Tanah dan Deaerah (PTD) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri. Hasil semakan yang dibuat mendapati terdapat keluarga menerima lebih daripada satu lot tanah selain ada juga para penerima tidak mempunyai rekod pendaftaran yang sah dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seperti mana yang telah dilaporkan sebelum ini.

Tindakan Hannah Yeoh ‘menjolok sarang tebuan’ itu telah menyebabkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat bagaikan ‘cacing kepanasan’ apabila pentadbirannya telah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) berhubung isu skandal tanah berkenaan.

Skandal pemberian tanah Kampung Sungai Yu ini telah dibangkitkan oleh ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lalu kerana didakwa berlaku penyelewengan, salah guna kuasa dan kronisme. Daripada 175 penerimanya, terdapat 18 nama yang mempunyai nombor kad pengenalan tidak wujud dalam rekod JPN selain hampir 70 peratus penerima bukan dalam kalangan penduduk tempatan.

Selain 18 penama tersebut, turut didedahkan bagaimana 16 keluarga yang mempunyai kaitan dengan kepemimpinan DAP dan PKR membolot tanah dengan menggunakan nama sendiri, bapa, ibu, isteri, adik-beradik, ipar serta sepupu tetapi anehnya semua perbuatan tersebut gagal dikesan kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin. 

Dalam hal ini, Hannah yang juga Speaker DUN dan Selcat menggesa kerajaan negeri supaya menggantung proses pemberian milikan tanah di Kampung Sungai Yu sehingga Jawatankuasa Pemilihan yang baharu dilantik dan mengesahkan semula kelayakan para permohon. Jelas sekali Menteri Besar Selangor, Azmin Ali cuba memperbodohkan rakyat Selangor di sebalik skandal yang dilakukan sendiri kerajaan negeri. Bila isu ini sudah terkena batang hidung sendiri, bermacam-macam alasan digunakan bagi meyangkal dakwaan itu walhal pendedahan dan penyelewangan itu didedahkan oleh pihak mereka sendiri!







Comments