GIGITAN DAN TARING TAJAM BEKAS ORANG KUAT PKR TAN SRI KHALID IBRAHIM TAJAM DAN BERBISA. KERJASAMA BELIAU DAN UMNO, PASTI DAPAT MENAWAN SEMULA SELANGOR
Bekas Menteri Besar Selangor dan bekas orang kuat PKR Tan Sri Khalid Ibrahim telah hadir di konvensyen UMNO Selangor bersama-sama dengan kepimpinan tertinggi UMNO baru-baru ini sebagai sokongan terhadap parti itu untuk menawan semula Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim masih bergerak sebagai anggota bebas dan beliau sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kebajikan dan kepentingan rakyat terutama sekali rakyat Selangor. Tindakan Bekas Menteri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim itu telah menambah nilai, kelebihan dan kebaikan kepada tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional. Kembalinya Khalid Ibrahim yang telah meninggalkan UMNO sebelum menyertai PKR dan kemudiannya bergerak secara bebas telah memberikan impak dan kesan yang cukup besar kepada arena dan dunia politik di Selangor.
Hakikatnya kepulangan Khalid Ibrahim untuk memberikan kerjasama kepada UMNO bagi menawan semula UMNO cukup memberikan impak dan kesan yang sangat besar kerana dulunya beliau memegang jawatan Menteri Besar dan menjadi tokoh utama di Selangor dan ini sudah pastinya akan memberikan nilai tambahan kepada UMNO. Khalid Ibrahim berperwatakan dan berpersonaliti menarik dan ini pastinya akan memberikan sokongan dan dorongan moral serta kelebihan yang diperlukan oleh UMNO. Kita yakin Khalid Ibrahim masih lagi mempunyai gigitan dan taring yang tajam dan dapat membantu UMNO mendapat kembali dan menawan semula Selangor.
Pembangkang Pakatan Harapan sebenarnya gagal mempertahankan bekas ahli UMNO yang telah menyertai parti mereka dan ini sebenar-benarnya memberikan seribu satu kerugian yang sangat besar kepada parti pembangkang Pakatan Harapan. Kalau kita dapat melihat Khalid Ibrahim menyertai PKR dan kemudiannya keluar dari PKR sebagai anggota dan calon Bebas tidak pernah diberikan sebarang kedudukan. Khalid Ibrahim sebenarnya tinggi populariti dan mempunyai personaliti, aura dan perwatakan yang sangat menarik tetapi mereka secara terang-terangan membiarkannya.
Kerjasama Khalid Ibrahim bersama-sama UMNO memberikan nilai tambahan dan kelebihan kepada UMNO kerana beliau telah banyak menyumbang jasa dan bakti kepada UMNO. Kerjasama Khalid Ibrahim bersama-sama dengan UMNO akan memberikan kelebihan dan pulangan yang besar kepada UMNO kerana pembangkang tidak dapat menaik taraf kedudukan mereka sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 apatah lagi dengan kerjasama Khalid Ibrahim akan memberikan tamparan yang hebat kepada pembangkang.
Kerjasama Khalid Ibrahim dan mana-mana ahli lain yang kini sudah mula membuka langkah yang sama adalah kerana pembangkang Pakatan Harapan semakin lemah, layu dan tidak terkesan, malah mereka semakin sedar bahawa mereka telah tertipu oleh parti pembangkang Pakatan Harapan. Mereka semakin sedar bahawa pembangkang menipu, melakukan pembohongan dan tidak mampu menyelesaikan sesuatu masalah.
Kesimpulannya kerjasama Khalid Ibrahim dan juga ahli-ahli lain yang kini bekerjasama dengan UMNO kerana mereka semakin sedar bahawa parti pembangkang Pakatan Harapan adalah parti tak guna dan mereka kecewa kerana selama mereka berada dalam parti pembangkang Pakatan Harapan mereka tidak mampu memberikan apa-apa sumbangan dan mereka semakin sedar bahawa UMNO satu-satunya parti yang mantap dan mempunyai rekod prestasi yang sangat baik.

Comments
Post a Comment