GEMAR LOMPAT PARTI DAN CURANG PADA PENGUNDI SENDIRI, KETUA PEMBANGKANG KEDAH ANGGAP PILIHAN RAYA UMUM MEDAN HIBURAN BUATNYA



Pergerakan Pemuda UMNO Negeri menyifatkan penyertaan Ketua Pembangkang Kedah ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sama sekali tidak mendatangkan sebarang kesan kepada kerajaan negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional. Bagi Pergerakan Pemuda UMNO mereka sudah menjangkakan pengakhiran episod penderhakaan beberapa pemimpin PAS negeri itu tetapi agak terkejut dengan keputusan Amiruddin Hamzah yang memilih PPBM berbanding dengan PAN.

Tetapi kenapa Amiruddin memilih sebuah parti yang bakal dibubarkan akibat masalah dalaman struktur dan pentadbiran yang mana mereka gagal menganjurkan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan pada masa yang sama bakal menghadapi tindakan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)? Itulah persoalan yang bermain di fikiran Pergerakan Pemuda UMNO.

Kalau dalam Barisan Nasional, kebanyakkan pemimpinnya sangat setia pada satu-satu kawasan, maknanya orang Barisan Nasional akan setia kepada pengundi-pengundinya. Sikap Ketua Pembangkang Kedah lompat parti jelas membuktikan dia seorang pemimpin yang sama sekali tidak mempunyai pendirian. Barangkali Amiruddin suka bersikap curang mempergunakan dan memperdayakan para pengundinya yang memilihnya sebagai wakil rakyat. Kasihan kepada pengundi Amiruddin kerana Amiruddin sudah hilang dari pandangan mata mereka! Tiada lagi tempat untuk para pengundi Amiruddin mengadu nasib.

Tindakan Amiruddin ini diibaratkan seperti calon payung terjun, Calon payung terjun ini boleh dikatakan sebagai seseorang yang bertanding di kawasan berkenaan tetapi tidak menetap atau mempunyai pertalian di kawasan berkenaan. Eloklah dia bertanding di tempat lain yang sememangnya tidak membawa sebarang keuntungan kepada penduduk di kawasan berkenaan di mana sudah pasti masalah rakyat tidak dapat difokuskan dalam keadaan Amiruddin lompat parti ini.

Kesimpulannya sikap tidak bertanggungjawab Amiruddin ini wajar dijadikan pengajaran dan iktibar pada pemimpin-pemimpin Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. Janganlah bersikap curang dan mempermainkan undian dan sokongan rakyat demi kepentingan peribadi sendiri.

Comments