'FELDA BANKRAP' BAWA PADAH! BUAT WAN AZIZAH, SYED HUSIN ALI & RUSNIZAM MAHAT, MEREKA PERLU BAYAR GANTI RUGI RM 2 JUTA KERANA FITNAH FELDA!


Perbuatan fitnah dengan niat untuk memperkecilkan dan merosakkan reputasi FELDA kini memakan diri si pelakunya. Pada 16 Ogos 2010, FELDA dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd, (FGVH) memfailkan saman fitnah terhadap Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail Presiden PKR, Syed Husin Ali, bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan Rusnizam yang didakwa sebagai pihak defendan dalam saman tersebut berhubung dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah FELDA dalam Suara Keadilan..

Namun begitu pada 30 September 2014, Dzulkarnain memohon maaf kepada FELDA dan FGVH berhubung penerbitan dua artikel tersebut kerana ia palsu dan tidak benar dan diterbitkan dengan niat untuk memperkecilkan dan merosakkan reputasi mereka. 

Mahkamah Tinggi telah memerintahkan supaya Wan Azizah, Syed Husin Ali dan penulis artikel bertajuk ‘Felda Bankrap’, Rusnizam Mahat secara bersama-sama atau berasingan membayar ganti rugi RM2 juta kepada FELDA dan anak syarikatnya, FGVH. Menurut hakim itu, jumlah ganti rugi RM70,000 tersebut terlalu rendah dan perlu ditambah bersesuaian dengan kedudukan FELDA sebagai badan berkanun.

Pendek kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Semestinya denda saman fitnah ini diharap dapat memberi pengajaran buat mereka yang suka menabur fitnah dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat. Apa yang pasti fitnah hanya akan menyebabkan kerosakan dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap reputasi individu mahu sesebuah organisasi.

Comments