Cadangan Pakatan Harapan mahu melantik Dr Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masing-masing sebagai Perdana Menteri Interim dan Timbalan Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-14 membuktikan bahawa Pakatan Harapan (PH) sebenarnya tiada pemimpin berbakat yang boleh menjadi Perdana Menteri.
Daripada ramai pemimpin-pemimpin yang ada dalam PH, Dr Mahathir juga yang dipilih menjadi calon Perdana Menteri interim yang menyaksikan golongan generasi muda dan pelapis Pakatan Harapan sebenarnya 'tidak laku' atau 'tidak boleh pakai'. Malah ada pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan khususnya dari parti PKR yang tidak suka pencalonan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Interim PH
Apa yang pasti, laluan Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 semestinya bukannya satu laluan mudah seperti yang disangkanya. Dr Mahathir perlu membuktikan keupayaannya dengan memenangi kerusi DUN terlebih terdahulu sebelum bertanding sebagai Anggota Parlimen.
Partinya yang kucar kacir dan belum mengadakan mesyuarat agung tahunan juga akan merencatkan perancangannya itu. Tidak mustahil, partinya akan dibubarkan dan Dr Mahathir perlu merempat dalam parti pembangkang yang lain jika dia mahu memasang niat untuk menjadi Perdana Menteri Semula.
Jesteru, rakyat dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan cadangan Pakatan Harapan itu kerana cadangan ini jelas mengambarkan agenda tersembunyi Dr Mahathir dan PH untuk mendapatkan kuasa bagi kepentingan peribadi mereka dan bukannya demi rakyat.

Comments
Post a Comment