DIARAH MINTA MAAF PADA SULTAN SELANGOR TAK MAHU TAPI BILA MELUTUT DENGAN DAP & ANWAR IBRAHIM TAK PAYAH SURUH PULA



Sikap ego Tun Mahathir semakin menjadi-jadi apabila rakyat dapat melihat sendiri bagaimana bekas PM itu tidak mahu memohon maaf kepada Sultan Selangor apabila kenyataannya di dalam ceramah pembangkang telah mengundang murka pihak istana.

Bukan setakat itu, apabila beliau diminta untuk memohon maaf atas keterlanjuran kata yang telah dilakukannya terhadap Duli Tuanku. Namun, Tun Mahathir bertindak memulangkan pingat kebesaran Selangor yang diterimanya sejak berpuluh tahun dahulu.

Pingat itu juga sebenarnya telah dikurniakan oleh almarhum ayahanda baginda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj. Jika Tun Mahathir marah kepada SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ mengapa perlu dipulangkan kepada orang yang tidak berkenaan?

Tindakan Tun Mahathir juga dilihat bermuka-muka dan mempunyai agenda politik. Ini dapat dilihat apabila beliau sanggup dan rela sujud serta berlutut bertemu pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim untuk memohon maaf seterusnya menjalinkan kerjasama memburukkan kerajaan dan negara Malaysia.

Sikap yang ditunjukkan Tun Mahathir ini seolah-olah menggambarkan bahawa dirinya sudah tidak lagi menghormati Raja-Raja Melayu dan sistem monarki yang telah diamalkan sejak beratus tahun dahulu.

Rakyat sepatutnya berfikir dan menolak pemikiran serta tindakan Tun Mahathir yang secara terang-terangan mempertaruhkan sistem beraja di Malaysia ke tempat yang paling bawah dalam institusi negara.

Ini kerana Sultan dan Raja adalah ketua agama Islam di setiap negeri di dalam Malaysia dan ianya telah diperuntukkan di dalam perlembagaan dan undang-undang tubuh setiap negeri yang berdaulat.

Comments