DAP AMAL POLITIK TOKSIK!



Malangnya DAP masih mengamalkan politik toksik atau lebih mesra digelar politik longkang, dan sudah semestinya akan menggunakan apa jua cara untuk mengelirukan rakyat. Sudah tentu salah satu caranya adalah menggerakkan tentera siber mereka untuk menyebarkan berita palsu bagi menghangatkan kempen PRU14.

Ternyata amalan berpolitik DAP mahupun pihak pembangkang sebenarnya bersifat tidak matang, jahat, menipu dan mengelirukan. Malah demokrasi itu tidak wujud dalam DAP, mereka bukan nak rakyat memilih sebaliknya hanya memilih mereka. Lihat saja pemimpin yang duduk dalam DAP, ianya dikuasai oleh sekelompok individu yang berkuasa iaitu dari dinasti Lim.

Sudah pasti kuantiti sebaran berita pihak pembangkang akan meningkat menjelang pilihan raya yang lazimnya berbentuk 'rumours' atau khabar angin dengan tujuan mengelirukan rakyat. Mereka sudah memulakan berita-berita ‘jahat’ memburukkan pemimpin negara dan kerajaan. 

Politik inilah yang sangat merbahaya kepada negara. Jesteru politik toksik pembangkang perlu dibanteras dan dipatahkan kerana ianya akan memberi ancaman kepada politik Malaysia. Mengapa ianya dikatakan toksik kerana sebaran berita palsu jelas boleh mengganggu kelancaran proses pilihan raya kerana ia akan mencetuskan pergaduhan dan percanggahan pandangan susulan fitnah dan penipuan.



Comments