BAKAL CALON TIMBALAN PERDANA MENTERI PAKATAN HARAPAN SEORANG YANG CETEK ILMU - NAIK TRAIN BAYAR TOL!
Baru-baru ini, parti-parti dalam gabungan pembangkang
dilapor bersetuju menamakan Mahathir dan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri dan
Timbalan Menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Hakikatnya, biarpun diberi jawatan Perdana Menteri mahupun
Timbalan Perdana Menteri kepada Presiden Parti PKR, Wan Azizah, ianya
sememangnya cadangan yang sangat melucukan kerana menamakan seorang pemimpin
yang cetek ilmu dan pengalaman dalam bidang politik bagi menjawat jawatan
penting seperti Timbalan Perdana Menteri. Hanya kerana Wan Azizah isteri kepada
Anwar Ibrahim maka cadangan itu diusulkan dalam Pakatan Harapan.
Wan Azizah pemimpin yang lemah dan tidak pro aktif. Lihat
saja cara beliau menangani masalah Kajang yang gagal diselesaikan tapi ada hati
untuk jadi calon Timbalan Perdana Menteri. Kenyataan lawaknya mengenai 'Naik
Train, ada tol' menampakkan lagi kelemahanya sebagai pemimpin. Sudah tentu
rakyat mahu seorang pemimpin yang punya pengalaman dan karisma seorang pemimpin
untuk jawatan penting itu. Bukannya seorang pelawak yang bakal memalukan negara
dengan kata-kata tidak masuk akalnya itu.
Namun demikian, mungkin salah satu sebab mengapa Wan Azizah
dicadangkan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah disebabkan beliau
mudah untuk dikawal dan diarah oleh sesiapa saja. Jesteru itu, DAP sangat
bersetuju dengan pencalonan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri Pakatan
Harapan jika menang PRU14 nanti. Tidak mustahil Wan Azizah bakal jadi kuda
tunggangan DAP dan Dr Mahathir!

Comments
Post a Comment