AZMIN ALI 'PLAY SAFE' KATA TINDAKAN TUN MAHATHIR & ISTERI PULANGKAN PINGAT KEPADA SULTAN SELANGOR TIDAK BABITKAN KERAJAANNYA


Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor menyatakan tindakan Tun Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada Sultan Selangor tidak membabitkan kerajaan Negeri Selangor.

Hasil semakan di laman web Darjah Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan menunjukkan Dr Mahathir menerima dua darjah kebesaran dari Sultan Selangor, pada 1978 dan 2003. Tindakan memulangkan darjah kebesaran itu dibuat dua hari selepas Sultan Selangor menjelaskan kemurkaan baginda tersebut dalam satu wawancara dengan The Star minggu lalu.

Kenyataan Dr Mahathir itu disifatkan cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong bangsa Bugis kononnya berasal usul daripada golongan lanun, perompak dan penjenayah.

Melalui kenyataan yang sama, Sultan Selangor turut mengingatkan semua pihak terutama pemimpin politik untuk tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat. 

Namun sehingga kini, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tidak pernah menyokong kenyataan dan pendirian Sultan Selangor. Nampak sangat Azmin Ali mahu 'play safe' dalam isu ini walaupun jelas sekali Sultan Selangor murka dengan tindakan Dr Mahathir yang menghina etnik Bugis ketika perhimpunan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada bulan Oktober lalu.

Comments