ARTIS BIGO FATHIA DAN ARTIS TAK LAKU SHEILA MAJID BERANI CAKAP PASAL POLITIK



Artis Bigo seperti Fathia dan artis tak laku seperti Sheila Majid berani bercakap pasal politik, mereka berdua ini berani bercakap lawan kerajaan apabila sudah tidak laku dan laris di pasaran ataupun sudah berhijrah masuk politik parti pembangkang. Kalau kita melihat artis di negara kita ini cari makan atas Ehsan kerajaan, artis yang mengkritik dasar kerajaan adalah artis yang memang tidak mengenang budi. Artis seperti Bigo Fathia dan tak laku siapa lagi kalau bukan Sheila Majid ini seharusnya sedar bahawa perbuatan dan tindakan mereka yang mengkritik dan menyalahkan Kerajaan adalah salah. 

Kutuk-kutuk mereka kepada kerajaan tidak pernah sekali pun dihalang oleh kerajaan kerana atas dasar keterbukaan dalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui kepimpinan negara untuk Malaysia dalam menjadikan Malaysia negara maju.  Fathia dan Sheila Majid jangan ingat diri itu selebriti ataupun orang Besar tidak boleh dikecam atau dikritik oleh orang ramai atau sesiapa sahaja yang berkenaan. 

Fathia dan Sheila Majid ini tidak memahami perbezaan antara gaya hidup dan kos sara hidup kononnya mereka berdua mendakwa kos sara hidup sekarang ini membebankan rakyat. Kalau benar kos sara hidup tinggi dan membebankan rakyat, kenapa konsert tiket Sheila Majid yang berharga RM 888 terjual habis? Sheila Majid bercakap tak serupa bikin. Begitu juga dengan Fathia, kalau benar dia memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat, memperjuangkan kos sara hidup rakyat yang semakin membebankan, tidak perlu bermain telefon dengan aplikasi Bigo sebab ini bukan keperluan sara hidup. Fathia menggunakan aplikasi Twitter untuk menghentam dan menyerang kerajaan.

Artis Fathia dan Sheila Majid ini hilang punca dan matlamat untuk menzahirkan jati anak seni dengan mencampuri hal-hal politik berbanding fokus dengan kerjaya sendiri sebagai pelakon dan penyanyi. Mereka ini pandai mengkritik kerajaan tetapi apabila kena balun, terus lemah longlai. Kalau sudah pandai mengkritik, tegar mengkritik, mereka jugalah harus kuat mentaliti untuk menerima dan meraikan perbezaan pendapat daripada orang ramai.

Kesimpulannya, kalau mahu menghentam kerajaan sekalipun, ada etika-etika dan tatasusila buat Fathia dan Sheila Majid dengan menyampaikan sesuatu mengikut etika dan tatasusila dalam masyarakat setempat. Tindakan Sheila Majid dan Fathia membuatkan orang terus menyampah dan meluat dengan mereka ini. 





Comments