ARAB SAUDI JUGA TERKESAN DENGAN KEJATUHAN HARGA MINYAK DUNIA



Arab Saudi merupakan anggota OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) pengeluar minyak dunia yang terbesar dengan jumlah purata pengeluaran sebanyak 10.25 juta tong dalam sehari.

Oleh kerana kejatuhan harga minyak yang mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Arab Saudi telah menstruktur semula sumber pendapatan ekonomi mereka bagi menampung kekurangan pendapatan dalam negara.

Antara langkah paling tidak popular yang telah diumumkan oleh negara yang berpengaruh dalam Kesatuan Liga-Liga Arab itu adalah dengan mahu memperkenalkan cukai VAT ataupun GST yang telah digunapakai oleh 160 buah negara di seluruh dunia.

Yang keduanya, Kerajaan Arab Saudi juga dikatakan telah memotong beberapa elaun atau subsidi kepada penjawat awam dan rakyat yang telah dilaksanakan sebelum ini bagi mengurangkan bebanan dan tanggungan kerajaan.

Ketiganya, melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat dengan lebih sistematik dan efisyen dengan mencontohi pemberian yang dilakukan Malaysia sejak tahun 2015 lagi.

Keempat, Arab Saudi menaikkan cukai kepada pekerja asing dari SR300 kepada SR900 sebagai usaha untuk mengekang kebanjiran pendatang dan buruh asing ke negara mereka yang sekaligus telah merugikan kerajaan Arab Saudi dari sudut cukai dan lain-lain perkhidmatan.

Manakala yang kelima, Arab Saudi juga telah menarik semula larangan wanita memandu kenderaan dan bekerja dalam melaksakan urusan harian mereka. Dengan penarikan larangan tersebut, kaum wanita ini juga boleh menaikkan taraf ekonomi keluarga serta merancakkan lagi pusingan ekonomi dalam negara.

Perlu diingat, rakyat Arab Saudi juga dikatakan marah dengan kenaikan 50% harga runcit minyak yang dijual di dalam negara. Adakah rakyat Malaysia wajar melenting setiap kali kenaikan harga minyak dimana Malaysia bukan berdaftar sebagai negara pengeluar minyak OPEC?

Comments