APA PENDIRIAN DAP TERHADAP ISU ZAID IBRAHIM HINA SULTAN SELANGOR? TERBARU NGO DESAK ZAID BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA SULTAN SELANGOR


Ahad lalu, kira-kira 5,000 peserta terdiri daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam menyertai Perhimpunan Daulat Tuanku di Dataran Mayang, Flat PKNS, Seksyen 16, Shah Alam. Perhimpunan itu diadakan untuk menyelar tindakan Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim yang menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setakat hari ini, DAP dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali seolah-olah tidak memberi respon atau pendirian mereka ke atas tindakan Zaid Ibrahim menghina Sultan Selangor. Mereka terus membisu seolah-olah membenarkan dan merestui tindakan Zaid.

Ternyata kenyataan Zaid di laman sosial twitter yang menyuruh Sultan Selangor berhati-hati dengan kata-katanya kerana tiada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar, adalah sangat biadap. Zaid bukan sahaja biadap tetapi kurang ajar serta derhaka kepada Sultan apabila mengeluarkan kenyataan berkenaan seolah-olah mempersoalkan kuasa institusi raja-raja.

Justeru, perhimpunan ini adalah sebagai tanda protes kepada tindakan biadap pemimpin pembangkang terhadap institusi diraja. NGO yang mewakili rakyat Selangor juga akan berdiri teguh dan menyokong sebarang tindakan yang diambil oleh baginda Sultan Selangor ke atas isu ini. Di samping itu, NGO ini juga mahu menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Zaid Ibrahim selain kerajaan Selangor perlu bersikap adil dan tegas terhadap isu penghinaan ke atas kerabat diraja. 



Comments