ADAKAH TUN M ANTI BUGIS DAN RAJA-RAJA MELAYU?



Kecoh apabila Tun M dan isterinya Tun Siti Hasmah yang dikatakan telah memulangkan Pingat Kebesaran DiRaja Selangor pada hari keputeraan baginda.

Namun berita tersebut sebenarnya tidak menggemparkan arena politik tanahair kerana Tun M telah melakukan perkara yang lebih buruk dengan mengurangkan kuasa pemerintahan Raja-Raja Melayu pada 22 tahun era pemerintahannya.

Namun dalam kes serangan Tun M kepada Datuk Seri Najib, Tun M telah menuduh dan mengutuk seluruh keturunan Bugis adalah merupakan lanun, perompak dan penjenayah dan sekaligus melibatkan keturunan Sultan Selangor serta Raja-Raja Melayu yang lain.

Seperti biasa sikap ego Tun M amat dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia dari dulu hingga kini, walaupun diarah untuk meminta maaf dan menarik kembali kenyataannya yang telah dilontarkan sewaktu ceramahnya dalam perhimpunan Kleptokrasi di Petaling Jaya.

Adakah dengan pemulangan darjah kebesaran dari Sultan Selangor itu sebagai tanda pendirian Tun M yang benar-benar 'Anti Bugis'?

Bukankah serangan Tun M selama ini mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib? Mengapa pula Sultan Selangor yang mahu dipersalahkan?

Comments