ADAKAH MAHFUZ TAKUT? BELIAU AKAN BUAT KEPUTUSAN SERTAI PARTI POLITIK MANA DI SAAT AKHIR ATAU SELEPAS PARLIMEN DIBUBARKAN


Tidak mustahil Ahli Parlimen Pokok Sena PAS, Datuk Mahfuz Omar akan digugurkan daripada senarai calon pilihan raya akan datang PAS di Kedah selepas beliau dilaporkan dilihat menghadiri konvensyen Amanah di Alor Star Oktober lalu. Mahfuz dilihat sangat rapat dengan Pakatan Harapan walaupun masih bersama PAS.

Sebelum ini juga, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor pernah menyuarakan kenyataan beliau seperti berikut, “Saya boleh sahkan yang Mahfuz tidak ada dalam senarai calon PAS untuk pilihan raya akan datang. Dia boleh cari platform lain." Sudah pasti mesej ini sudah sampai ke pengetahuan Mahfuz Omar.

Terkini Mahfuz, bekas Ketua Penerangan PAS Pusat memberitahu bahawa beliau hanya akan membuat keputusan untuk memilih parti politik mana yang akan disertai pada saat akhir, berkemungkinan selepas Parlimen dibubarkan. Jika benar selepas pembubaran Parlimen nanti, Mahfuz akan pilih parti baru untuk disertainya, persoalannya parti mana jadi pilihannya. DAP, PKR, PPBM atau AMANAH? Namun begitu, kalau Mahfuz anak jantan, mengapa perlu tunggu saat akhir? 

Comments