Seramai 10 ahli PAS antara 45 individu di cawangan Batu Hampar menyerahkan borang keahlian baru UMNO baru-baru ini kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain. Penyerahan borang itu yang diketuai oleh bekas Timbalan Dewan Ulamak PAS Cawangan Batu Hampar, Azizul Aziz. Ketua UMNO Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, kemasukan ahli baharu itu menunjukkan UMNO parti Melayu yang memperjuangkan masa depan semua bangsa.
UMNO tidak pernah lari daripada landasan perjuangan iaitu membangunkan bangsa Melayu dan seterusnya menguatkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Jelas sekali sudah terang lagi bersuluh, UMNO bukanlah parti yang berteraskan satu bangsa semata-mata. UMNO memperjuangkan agenda kebajikan dan masa depan semua kaum di negara ini.
Walaupun ada parti yang mengatakan mereka adalah parti Islam retapu mereka sanggup bekerjasama dengan DAP berbeza jika dibandingkan dengan UMNO sehingga kini kekal kuat kerana sentiasa berpegang pada asas perjuangan parti yang berteraskan Islam, orang Melayu Islam dan Bumiputera serta seluruh rakyat di negara ini. UMNO satu-satunya parti demokrasi yang kekal memerintah di dunia dari dulu sehinggalah kini. Hakikatnya parti pimpinan Najib sentiasa kekal konsisten dan relevan dengan dasar perjuangan yang sesuai dan itulah yang membuatkan ahli PAS masuk ke dalam UMNO.
UMNO menjadi teras dalam Barisan Nasional yang membentuk kerajaan dan menerusi UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional sudah 99% janji manifesto Barisan Nasional sudah dikotakan kepada rakyat. Semua projek-projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk semua rakyat Malaysia. UMNO yang mengemudi dan memacu janji-janji ini agar ianya dapat dilaksanakan kepada rakyat.
Kalau kita dapat melihat semua parti lain di pihak parti pembangkang sama sekali tidak memperjuangkan agenda dan kebajikan rakyat. Buktinya mereka sendiri gagal melaksanakan manifesto dan janji-janji mereak setelah mereka menang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Sebaliknya meskipun Kerajaan Barisan Nasional kalah dan tewas di negeri-negeri tertentu Kerajaan Barisan Nasional tetap menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat sejagat.
Tengok sahajalah PKR ditubuhkan untuk membebaskan Anwar Ibrahim, DAP bersifat cauvinis dan kroni Kit Siang sahaja. PAN pula hanyalah parti serpihan PAS sahaja yang mengikut telunjuk dan arahan DAP. PPBM yang ditubuhkan oleh Mahathir agendanya hanya mahu menaikkan Mukhriz menjadi PM dan menggulingkan Najib.
Sebaliknya UMNO kekal fokus berjuang untuk hak dan kebajikan rakyat serta menepati janjinya kepada rakyat selama berdekad-dekad lamanya. UMNO berjuang bukan hanya untuk ahli UMNO sahaja, malahan untuk semua rakyat tidak kira kaum, agama dan bangsa.
Realitinya UMNO sentiasa relevan kerana dasar perjuangan Barisan Nasional amalkan dan laksanakan sesuai mengikut era dan zaman. UMNO masih lagi pilihan hati rakyat. UMNO masih kuat biarpun dilanda pelbagai cabaran. Himpunan semalam bukti UMNO sudah bersedia untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat Malaysia selepas PRU14. Bina Malaysia yang lebih baik bersama UMNO dan Barisan Nasional. Tolak pembangkang pada PRU akan datang.

Comments
Post a Comment