ZAIRIL KHIR MAHU PENCERAMAH TIDAK BERTAULIAH UNTUK SAMPAI AJARAN DAP



Baru-baru ini Ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari mahu membuang peraturan mewajibkan penceramah agama memohon tauliah kerana kononnya bersifat kuku besi. Zairil juga mendakwa kononnya peraturan itu seolah-olah menganggap semua Muslim bodoh dan senang keliru. 

Zairil marah dan berang sehinggakan mahu membuang peraturan asal itu, tetapi Muhfti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah memberikan penjelasan peraturan permohonan tauliah ini berdasarkan hadith sahih dan ianya turut diamalkan oleh negara Islam lain seperti Mesir, Kuwait dan Jordan.  Ini dilakukan bertujuan untuk mengekang penyebaran idelogi menyeleweng dari sudut akidah dan akhlak Islam dalam kalangan masyarakat. 

Zairil seolah-olah tidak berpuas hati dengan membuat tuduhan berkenaan mengikut sedap mulut tanpa sebarang hujah atau nas yang berkaitan walaupun Islam tidak menghalang perbincangan dan ianya perlulah mendapat sokongan ayat Al-Quran atau hadith sahih. 

Adakah Zairil menganggap dirinya sebagai defacto Ulamak DAP kerana dia satu-satunya wakil Muslim yang memenangi tempat dalam CEC? ULAMA seperti Zairil sebegini hanyalah sesuai untuk kumpulan seperti Hishamuddin Rais, Dyana Sofea atau Siti Kasim sahaja. Pihak berkuasa berkenaan  seharusnya mengambil tindakan ke atas Zairil kerana sesuka hati membuat keputusan yang tidak masuk akal itu. Sepatutnya dalam kes sebegini, pihak JAIS tidak boleh sekali-kali teragak-agak mengambil tindakan ke atas Zairil agar ia dapat membendung Zairil bertindak di luar batasan.

Realitinya orang Melayu Islam seperti Zairil inilah ancaman kepada masyarakat Islam dan pihak berkuasa seharusnya pastikan kita menghumbankan samseng-samseng seperti Zairil ini ke dalam penjara. Hakikat bahawa Zairil adalah musuh kepada Islam sangat jelas dan nyata seperti perangai kurang sopan dan biadab beliau sendiri.

Comments